Sunday, March 10, 2013

Sayonara Laptop











Assalamualaikum semua :)


Lama dah tak update blog.Tiba-tiba buat tajuk laptop.hehe.Tak ade ape nak story sangat pon sebenarnya.Hari Rabu minggu lepas laptop saya kena ambil orang.Tak tahu kenapa berat nak guna perkataan dicuri sebab orang yang ambil tu mesti kena guna perkataan pencuri kan.hmm.Bagi saya perkataan pencuri tu diguna untuk orang jahat.Saya yakin orang yang ambil laptop saya tu masih mempunyai nilai-nilai murni. Memang nak jadi cerita hari tu saya keluar awal pergi kelas. Rumet kesayangan saya terlupa nak kunci pintu.Masa balik petang tu tak perasan lagi.Malam tu baru perasan laptop tak ada.Laptop merah tu memang dah banyak berjasa kepada saya Sejak zaman matrik lagi.Sobs.Kesat hingus..hehe :P


Masa mula-mula tu tenang lagi.Cuba tanya kawan-kawan kalau dorang ada nampak laptop saya atau tak.Sebab dalam tu ada data untuk psm semua. Nasib baik chapter 1 sampai 3 ade buat backup.Laptop,mouse atul dengan earfon kena ambil.Alhamdulillah barang-barang lain orang tu tak sentuh. Kawan-kawan ade jugak cakap kenapa dia tak ambil je buku-buku dekat rak.Dapat juga baca-baca.hehe.




Kepada orang yang ambil laptop hasil titik peluh ayah saya disaat saya dihujani timbunan kerja yang perlu di submit. Sorry dalam laptop saya tu memang tak ada movie best.Tapi dalam tu ade banyak lagu best.Ada zikir, alunan al-Quran, lagu yang menenangkan jiwa insya Allah.Ada juga video dan bahan bacaan ilmiah. Dipersilakan baca. Semoga dengan apa yang ada dalam tu mampu melembutkan hati saudara/saudari supaya dekat dengan pencipta kita iaitu Allah. Bertaubatlah,sesungguhnya Allah itu maha pengampun.


Memang berat bagi saya untuk memberitahu emak di kampung, memandangkan akhir bulan 3 ni akak nak kawen. adik-adik nak guna duit juga. Saya anggap ujian ini sebagai salah satu tarbiyah daripada Allah.Setakat ni family kat kampung memang tak tahu lagi. Sebab saya tak sampai hati nak buat emak saya susah-hati. Setiap kali teringat dekat emak hati saya terasa sebak. Air mata dalam hati ni hanya Allah yang nampak masa tu. Sesungguhnya Allah itu maha melapangkan. Nasib baik abang ju dah zaujah sanggup bagi pinjam laptop untuk buat psm dan Alhamdulillah saya dikelilingi kawan-kawan yang banyak bagi sokongan dan bantuan.


Saya tak salahkan sesiapa atas kejadian ni. Ada orang selalu menggunakan perkataan kebetolan sedangkan dalam islam setiap perkara yang berlaku adalah sunnatullah iaitu sudah menjadi ketentuan Allah. Jika saya tidak redha bermakna saya tidak redha dengan ketentuan Allah. Nauzubillahiminzalik. Insya Allah saya redha dengan apa yang terjadi. Semoga jadi pengajaran untuk kita pada masa hadapan :)









Hasbunallah wa ni'mal wakil