Sunday, March 10, 2013

Sayonara Laptop











Assalamualaikum semua :)


Lama dah tak update blog.Tiba-tiba buat tajuk laptop.hehe.Tak ade ape nak story sangat pon sebenarnya.Hari Rabu minggu lepas laptop saya kena ambil orang.Tak tahu kenapa berat nak guna perkataan dicuri sebab orang yang ambil tu mesti kena guna perkataan pencuri kan.hmm.Bagi saya perkataan pencuri tu diguna untuk orang jahat.Saya yakin orang yang ambil laptop saya tu masih mempunyai nilai-nilai murni. Memang nak jadi cerita hari tu saya keluar awal pergi kelas. Rumet kesayangan saya terlupa nak kunci pintu.Masa balik petang tu tak perasan lagi.Malam tu baru perasan laptop tak ada.Laptop merah tu memang dah banyak berjasa kepada saya Sejak zaman matrik lagi.Sobs.Kesat hingus..hehe :P


Masa mula-mula tu tenang lagi.Cuba tanya kawan-kawan kalau dorang ada nampak laptop saya atau tak.Sebab dalam tu ada data untuk psm semua. Nasib baik chapter 1 sampai 3 ade buat backup.Laptop,mouse atul dengan earfon kena ambil.Alhamdulillah barang-barang lain orang tu tak sentuh. Kawan-kawan ade jugak cakap kenapa dia tak ambil je buku-buku dekat rak.Dapat juga baca-baca.hehe.




Kepada orang yang ambil laptop hasil titik peluh ayah saya disaat saya dihujani timbunan kerja yang perlu di submit. Sorry dalam laptop saya tu memang tak ada movie best.Tapi dalam tu ade banyak lagu best.Ada zikir, alunan al-Quran, lagu yang menenangkan jiwa insya Allah.Ada juga video dan bahan bacaan ilmiah. Dipersilakan baca. Semoga dengan apa yang ada dalam tu mampu melembutkan hati saudara/saudari supaya dekat dengan pencipta kita iaitu Allah. Bertaubatlah,sesungguhnya Allah itu maha pengampun.


Memang berat bagi saya untuk memberitahu emak di kampung, memandangkan akhir bulan 3 ni akak nak kawen. adik-adik nak guna duit juga. Saya anggap ujian ini sebagai salah satu tarbiyah daripada Allah.Setakat ni family kat kampung memang tak tahu lagi. Sebab saya tak sampai hati nak buat emak saya susah-hati. Setiap kali teringat dekat emak hati saya terasa sebak. Air mata dalam hati ni hanya Allah yang nampak masa tu. Sesungguhnya Allah itu maha melapangkan. Nasib baik abang ju dah zaujah sanggup bagi pinjam laptop untuk buat psm dan Alhamdulillah saya dikelilingi kawan-kawan yang banyak bagi sokongan dan bantuan.


Saya tak salahkan sesiapa atas kejadian ni. Ada orang selalu menggunakan perkataan kebetolan sedangkan dalam islam setiap perkara yang berlaku adalah sunnatullah iaitu sudah menjadi ketentuan Allah. Jika saya tidak redha bermakna saya tidak redha dengan ketentuan Allah. Nauzubillahiminzalik. Insya Allah saya redha dengan apa yang terjadi. Semoga jadi pengajaran untuk kita pada masa hadapan :)









Hasbunallah wa ni'mal wakil







Saturday, February 16, 2013

Bacalah


Hmm..jap nak bagi salam dulu..Assalamualaikum..  :) sedekah sikit 


Sebut pasal hobi saya baru sedar saya rasa saya suka membaca masa kecik-kecik dulu.Tak ingat umur berapa.( Maafkanlah diri yang penuh dengan kekhilafan ini. ngeee ). Hmm dulu saya duduk dekat satu kawasan perumahan, masa saya darjah 1 sampai akhir darjah 3.Saya suka pergi library kayuh basikal kuning.Tapi tak sekuning spogebob.hehe..Berkat hasil penat lelah my beloved sister, kak wani ajar macam mana nak bawak basikal tanpa roda.Umur dalam 5 tahun kot masa tu. Agak mencabar jugak la belajar basikal dekat jalan raya.Nasib baik tak masuk longkang dengan almost nak kena langgar keretanya..haha..fuhh..Berpeluh. Akhir bulan depan kak wani dah nak jadi isteri orang dah.Selamat membina ummah kakakku sayang.



chynatic:

kucinghilang:

book lover Love it on We Heart It. http://weheartit.com/entry/31087246


Library yang saya suka pergi tu dia dalam masjid.Dekat masjid tu ade 1 bahagian memang khas untuk library.Tapi bila nak pergi pinjam buku tu kemain lagi pakaian main hentam je.Dengan baju power rangers warna putih yang sekali dengan seluar paras lutut.Aissh..budak-budak.Time belajar iqra' dengan ustazah dekat masjid pakai proper sikit.Pakai tudung ikat depan belakang atas semua boleh.Ade jugak terlepas sekali dua pakai gown pergi mengaji.Memang budak-budak.Kadang-kadang saya pergi library sorang, kadang-kadang konvoi ramai-ramai dengan budak-budak lain.


Balik kepada hobi tadi.Saya suka lepak dekat library tu sebab dia ade banyak buku.Saya banyak baca buku snow white, cinderella, dengan ala-ala hikayat zaman dulu.Ade buku ni dia besar sangat.Tak boleh pinjam buat balik.Buku fairy tales.Kalau nak baca kena lepak sana lama sikit.Belek-belek tengok gambar.Gambar dalam buku tu pon menarik sesuai la dengan taste budak-budak masa tu.hehe.




Setiap kali lepak library saya mesti pinjam buku.Nanti balik rumah bagi ayah suruh dia bacakan. Dia duduk atas kerusi saya duduk bawah dengar cerita.Kalau ayah saya baca buku dia baca macam nak bersyair."Tersebut la kisaaaah aaaAaaaa" haha. Bunyi macam kelakar kan.Tapi tu la saya buat sampai saya rasa rajin nak baca buku sendiri bila kat rumah.Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.Hmm jap ni kira hobi membaca jugak ke?macam hobi dengar cerita je..keh keh keh.Ya saya memang terkenal sebagai budak yang paling malas pergi tadika dalam family sebab nak tengok cartoon tapi saya suka buku.Tak puas hati.haha


Dah besar sikit sekarang ni insyaallah saya cuba baca buku yang berilmiah. Amboi nak baca buku pon kena pilih-pilih jugak. Mengade lebih je dia ni kan.hehe..Mestila.Ada orang cakap "You are what you read" dan saya ingin menyahut seruan kerajaan supaya rajin membaca. Eh tak saya ingin menyahut seruan yang jauh lagi tinggi daripada tu seruan tuhan saya, Allah yang diwahyukan kepada our last prophet Ya habibi Muhammad s.a.w "Iqra', Bacalah". Jom tanam hobi membaca :)




If i have my own house saya nak ada rak buku yang penuh dengan buku .xo ^____^



p/s: saya yang perasan suka membaca  ^__^


Sunday, February 3, 2013

Banggakah Anda?




Cara hidup kita dah ditetapkan dengan cantik marvellous dan awesome daripada yang maha besar the leader of universe ,yang menguasai hari pembalasan dibawa khas melalui langit ke bumi disampaikan oleh orang terpilih yang paling hebat di dunia kepada manusia sejagat tapi kita pilih jugak cara hidup manusia yang lemah,pelupa,banyak buat silap,yang tak maksum bertentangan dengan fikrah kita yang sebenar.Cuba duduk tenangkan hati dan minda fikir sejenak .Tarik nafas dalam-dalam tanya pada diri banggakah anda?Orang hafal al-quran kitab agung dari langit, anda sibuk duk hafal lagu oppa gangnam (sambil buat gaya kuda sembelit), lagu orang putih mata biru hasil mutasi daripada behind the brown eyes, melayu celup tepung dan macam-macam lagi yang penuh lalai kadang-kadang tak paham makna.Banggakah anda?

Orang menggunakan harta yang ada dengan penuh ikhlas dan tawaduk berbelanja ke jalan Allah demi meraih redhanya tapi anda sibuk berbelanja untuk membeli Oh ya Allah the latest Dolce and Gabbana handbag.I hope, I hope I hope nak tambah koleksi gitu.ahaks.Ya Allah kabulkanlah permintaan hambamu ini.erkk.Taaaapi bila nak derma ke tabung gaza duit plastik warna biru seringgit malaysia anda terpaksa berfikir sebanyak 150 juta kali (ok ini over lama ).Banggakah anda?


Check balik amalan-amalan yang dibuat seharian.Tapi ingat jangan sampai jadi riak
Jaga keikhlasan dalam beramal
#stay humble






Tuesday, January 22, 2013

Ahmad Dhabit, 2013



#Story 1


Sambil membelek buku sekolah dengan lantang dan penuh confident dia menyebut " I am banana"

"Apa adik" Uminya di dapur bergegas keluar sambil memegang senduk di tangan

"Ala umi banana tu ise la umi" (dengan pelat terengganu campur kelantan)

"Oooo pisang"

2 minit kemudian..........

"Watermelon"

"Apa adik?"

"Watermelon umi..Kat tempat kita orang panggil imun ino, kalau orang sini dia panggil tembikai la umi.

Umi tu duk rumah belajar-belajar la umi. Jangan tidur je"

"Aishh budak kecik ni. Nak perli orang je  -___-"






#Story 2


Suasana sunyi di sebuah tadika.

Tiba-tiba " Sape ambek kalecat aku, Aku gocoh"

Kawan-kawannya terus mengerumuni budak tersebut.

"Cikgu dhabit nak gocoh.gocoh tu apa cikgu?

Cikgu siti dengan penuh tanda soal dan tanda tanya akhirnya dengan lemah lembut bertanya

 "Dhabit gocoh tu apa?

"Gocoh tu gaduh la cikgu"

kawan-kawan yang lain " Oooo gaduh"

"Ishhh cikgu takut la dhabit, gaduh-gaduh ni"

"Kalau kalecat tu pensil warna"

"Oooo"


#Story 3


"Dhabit nak gocoh?"

" Ishh ape gaduh-gaduh ni tak baik la" sambil senyum-senyum


-____-"





Note:  Aishhh..Macam-macam ragam la budak kecik ni sejak masuk tadika





Tuesday, January 8, 2013

Doa ketika hujan








Allahumma soi yiban naa fi'a

Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari).


Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi saw. mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.




2.49 p.m hujan renyai-renyai,UTM skudai