Monday, December 30, 2013

I City







Weekend pergi I-city jenguk ke langit kononnya nak tengok bintang satu pon tak de..heh.
Budak kecik dua orang kat bawah ni je yang excited dapat tengok lampu banyak.




Dapat amek gambar dengan si panda debab


 


Lepas tu excited nampak iron man. Nak amek gambar pon tak clear. Rasanya kalau tony stark kat sebelah sah-sah dorang tak pandang kecuali dia pakai costume iron man.haha Orang perempuan yang besar-besar je hysteria nampak tony spark. (that's so not me ) euwwyuyu :P



lampu bling-bling.Lol


Yang paling best dalam banyak-banyak toddler ni jugak la dah macam panda.sangkut kepala kat bahu..zzzzz. Bangun tengok-tengok lampu sambung tido balik.


Maaf
Disebabkan hati ana masih suci
Ana tak layan dunia sementara ni.
(patut la dia tido je)





Tuesday, December 3, 2013

little caliph







=)


Suatu petang di pantai batu buruk. #throwback
 Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
 To Allah we belong to Him is our return
We are not immortal
Vampire diaries
The original
Itu semua karut.


so


Are you ready?
Choose you next destination







Monday, September 9, 2013

Bertaburan



Assalamualaikum.

pic: #UIA #Ruqayyah


"Lepas ni saya lepaskan korang semua bertaburan la kat atas muka bumi ni " macam ni la prof masa kat utm cakap masa semester akhir hari tu.


 Alhamdulillah sekarang dah habes belajar. Insyaallah bulan 10 ni grad dekat utm skudai.hehe. Sekarang kawan-kawan semua dah merata-rata bertebaran. Ada yang dah kawen ada yang bekerja ada yang sambung belajar.Saya masih dalam perbincangan.hehe.perbincangan la sangat dah decide dah tapi still nak kena bincang balik. Sekarang ni buat sementara waktu jadi ra kejap dekat UM and lepas tu smbung master terus dengan projek yang ditugaskan. Projek ni kerjasama antara UM dengan UIA jadi saya boleh pilih nak sambung UIA atau UM. harap-harp dapat sambung UIA sebab sekarang memang dah jatuh cinta dengan UIA. Dengan orang-orang dalam ni, persekitaran dalam ni, udara dalam ni. Buat sementara waktu minggu depan onward akan berulang alik daripada UIA dengan UM agak jauh tapi kentalkan semangat jela bila pikir orang lain lagi jauh gerak.chayokk girl. Sekarang jadi roomate ipah dulu dekat UIA, kawan masa MRSM PC. Seronok semalam borak panjang. maklumla orang dah lama tak jumpa. Sekarang kawan-kawan banyak yang dah berubah. Alhamdulillah syukur sangat-sangat seronok tengok kawan-kawan dah berubah.  :)







Sunday, May 12, 2013

 



Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Abu Uwais berkata telah menceritakan kepadaku Malik dari 

Hisyam bin Urwah dari bapanya daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata; aku mendengar Rasulullah 

Sallallahu alaihi wassalam bersabda:


 " Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah 

mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama, maka manusia 

akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa 

tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan."


Berkata al-Firabi, telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari 

Hisyam seperti ini juga.


Petikan dari ringkasan Sahih Bukhari

Saturday, April 13, 2013

Awake

Assalamualaikum



Dah pukul 1.33 pagi tapi still tak boleh tidur. Beberapa hari ni asyik jaga malam je..hmm.Nasib baik subuh sedar cuma lepas subuh syahid balik.Tapi syahid tak masuk syurga..ttskk.tsk..nauzubillahiminzalik...aishh..lari rezeki. Walaupun dah cuba membolatkan mata paksa jangan tidur tapi malam sama je. Cuma hari ni improve sikit Sikit jela. hehe.


Nak citer processing kite dah berjaya subset data dengan precise dan jayanya..haha.kalau budak remote sensing baca ni mesti dorang gelak besar.alaa subset data je pon. ehem ni data untuk super-resolution ok..kena precise.Pheww.Nasib baik supervisor sudi nak tolong. Biasa sah-sah kena lepas explore sendiri. uhukk.Sini ada berita gembira nak share. Saya dah beli laptop baru.weheee.. Alhamdulillah. Kite dapat laptop vaio . Nak beli apple tapi susah nak install software takut tak compatible memandangkan kite ada guna software crack jugak. Subhanallah. Terharu sangat dengan Allah dapat laptop baru. Boleh buat processing . Tapi still rindu laptop lama :'(


Minggu lepas cuti tak balik rumah pon sebab beberapa minggu sebelum tu dah balik. Kak wani dah kawen.hihi. Sibuk je cakap dia dah kawen percaya tak ni. Aish. Dah akad nikah depan mata kite mesti la percaya.Seronok balik kampung ramai-ramai. Tengok orang gotong royong.Balik ni anak sedara yang darjah tiga tu sibuk tanya Mak teh nak jadi ustazah pensyarah ke lepas tu bagitau dia nak jadi ustazah pensyarah. Dia cakap dia nak pakai stocking. Tanya redha Allah tu apa.hehe. Seronok. Kadang-kadang cakap dengan orang yang bermula dari bawah ni lagi mudah daripada orang dewasa yang fikiran dah di isi dengan macam-macam benda. Mudah nak terima. atau mungkin fitrah dorang yang masih suci tak tercemar dengan karat-karat jahiliyah.Harap-harap terpelihara selamanya :)







Gambar pergi pantai dekat rumah. Tak jauh sangat dalam beberapa belas minit dah sampai. MasyaAllah dapat tengok permandangan ciptaan Allah tenang hati.Dengar bunyi ombak angin pantai yang tenang. Hilang sekejap masalah dunia :)



Sunday, March 10, 2013

Sayonara Laptop











Assalamualaikum semua :)


Lama dah tak update blog.Tiba-tiba buat tajuk laptop.hehe.Tak ade ape nak story sangat pon sebenarnya.Hari Rabu minggu lepas laptop saya kena ambil orang.Tak tahu kenapa berat nak guna perkataan dicuri sebab orang yang ambil tu mesti kena guna perkataan pencuri kan.hmm.Bagi saya perkataan pencuri tu diguna untuk orang jahat.Saya yakin orang yang ambil laptop saya tu masih mempunyai nilai-nilai murni. Memang nak jadi cerita hari tu saya keluar awal pergi kelas. Rumet kesayangan saya terlupa nak kunci pintu.Masa balik petang tu tak perasan lagi.Malam tu baru perasan laptop tak ada.Laptop merah tu memang dah banyak berjasa kepada saya Sejak zaman matrik lagi.Sobs.Kesat hingus..hehe :P


Masa mula-mula tu tenang lagi.Cuba tanya kawan-kawan kalau dorang ada nampak laptop saya atau tak.Sebab dalam tu ada data untuk psm semua. Nasib baik chapter 1 sampai 3 ade buat backup.Laptop,mouse atul dengan earfon kena ambil.Alhamdulillah barang-barang lain orang tu tak sentuh. Kawan-kawan ade jugak cakap kenapa dia tak ambil je buku-buku dekat rak.Dapat juga baca-baca.hehe.




Kepada orang yang ambil laptop hasil titik peluh ayah saya disaat saya dihujani timbunan kerja yang perlu di submit. Sorry dalam laptop saya tu memang tak ada movie best.Tapi dalam tu ade banyak lagu best.Ada zikir, alunan al-Quran, lagu yang menenangkan jiwa insya Allah.Ada juga video dan bahan bacaan ilmiah. Dipersilakan baca. Semoga dengan apa yang ada dalam tu mampu melembutkan hati saudara/saudari supaya dekat dengan pencipta kita iaitu Allah. Bertaubatlah,sesungguhnya Allah itu maha pengampun.


Memang berat bagi saya untuk memberitahu emak di kampung, memandangkan akhir bulan 3 ni akak nak kawen. adik-adik nak guna duit juga. Saya anggap ujian ini sebagai salah satu tarbiyah daripada Allah.Setakat ni family kat kampung memang tak tahu lagi. Sebab saya tak sampai hati nak buat emak saya susah-hati. Setiap kali teringat dekat emak hati saya terasa sebak. Air mata dalam hati ni hanya Allah yang nampak masa tu. Sesungguhnya Allah itu maha melapangkan. Nasib baik abang ju dah zaujah sanggup bagi pinjam laptop untuk buat psm dan Alhamdulillah saya dikelilingi kawan-kawan yang banyak bagi sokongan dan bantuan.


Saya tak salahkan sesiapa atas kejadian ni. Ada orang selalu menggunakan perkataan kebetolan sedangkan dalam islam setiap perkara yang berlaku adalah sunnatullah iaitu sudah menjadi ketentuan Allah. Jika saya tidak redha bermakna saya tidak redha dengan ketentuan Allah. Nauzubillahiminzalik. Insya Allah saya redha dengan apa yang terjadi. Semoga jadi pengajaran untuk kita pada masa hadapan :)









Hasbunallah wa ni'mal wakil







Saturday, February 16, 2013

Bacalah


Hmm..jap nak bagi salam dulu..Assalamualaikum..  :) sedekah sikit 


Sebut pasal hobi saya baru sedar saya rasa saya suka membaca masa kecik-kecik dulu.Tak ingat umur berapa.( Maafkanlah diri yang penuh dengan kekhilafan ini. ngeee ). Hmm dulu saya duduk dekat satu kawasan perumahan, masa saya darjah 1 sampai akhir darjah 3.Saya suka pergi library kayuh basikal kuning.Tapi tak sekuning spogebob.hehe..Berkat hasil penat lelah my beloved sister, kak wani ajar macam mana nak bawak basikal tanpa roda.Umur dalam 5 tahun kot masa tu. Agak mencabar jugak la belajar basikal dekat jalan raya.Nasib baik tak masuk longkang dengan almost nak kena langgar keretanya..haha..fuhh..Berpeluh. Akhir bulan depan kak wani dah nak jadi isteri orang dah.Selamat membina ummah kakakku sayang.



chynatic:

kucinghilang:

book lover Love it on We Heart It. http://weheartit.com/entry/31087246


Library yang saya suka pergi tu dia dalam masjid.Dekat masjid tu ade 1 bahagian memang khas untuk library.Tapi bila nak pergi pinjam buku tu kemain lagi pakaian main hentam je.Dengan baju power rangers warna putih yang sekali dengan seluar paras lutut.Aissh..budak-budak.Time belajar iqra' dengan ustazah dekat masjid pakai proper sikit.Pakai tudung ikat depan belakang atas semua boleh.Ade jugak terlepas sekali dua pakai gown pergi mengaji.Memang budak-budak.Kadang-kadang saya pergi library sorang, kadang-kadang konvoi ramai-ramai dengan budak-budak lain.


Balik kepada hobi tadi.Saya suka lepak dekat library tu sebab dia ade banyak buku.Saya banyak baca buku snow white, cinderella, dengan ala-ala hikayat zaman dulu.Ade buku ni dia besar sangat.Tak boleh pinjam buat balik.Buku fairy tales.Kalau nak baca kena lepak sana lama sikit.Belek-belek tengok gambar.Gambar dalam buku tu pon menarik sesuai la dengan taste budak-budak masa tu.hehe.




Setiap kali lepak library saya mesti pinjam buku.Nanti balik rumah bagi ayah suruh dia bacakan. Dia duduk atas kerusi saya duduk bawah dengar cerita.Kalau ayah saya baca buku dia baca macam nak bersyair."Tersebut la kisaaaah aaaAaaaa" haha. Bunyi macam kelakar kan.Tapi tu la saya buat sampai saya rasa rajin nak baca buku sendiri bila kat rumah.Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.Hmm jap ni kira hobi membaca jugak ke?macam hobi dengar cerita je..keh keh keh.Ya saya memang terkenal sebagai budak yang paling malas pergi tadika dalam family sebab nak tengok cartoon tapi saya suka buku.Tak puas hati.haha


Dah besar sikit sekarang ni insyaallah saya cuba baca buku yang berilmiah. Amboi nak baca buku pon kena pilih-pilih jugak. Mengade lebih je dia ni kan.hehe..Mestila.Ada orang cakap "You are what you read" dan saya ingin menyahut seruan kerajaan supaya rajin membaca. Eh tak saya ingin menyahut seruan yang jauh lagi tinggi daripada tu seruan tuhan saya, Allah yang diwahyukan kepada our last prophet Ya habibi Muhammad s.a.w "Iqra', Bacalah". Jom tanam hobi membaca :)




If i have my own house saya nak ada rak buku yang penuh dengan buku .xo ^____^



p/s: saya yang perasan suka membaca  ^__^


Sunday, February 3, 2013

Banggakah Anda?




Cara hidup kita dah ditetapkan dengan cantik marvellous dan awesome daripada yang maha besar the leader of universe ,yang menguasai hari pembalasan dibawa khas melalui langit ke bumi disampaikan oleh orang terpilih yang paling hebat di dunia kepada manusia sejagat tapi kita pilih jugak cara hidup manusia yang lemah,pelupa,banyak buat silap,yang tak maksum bertentangan dengan fikrah kita yang sebenar.Cuba duduk tenangkan hati dan minda fikir sejenak .Tarik nafas dalam-dalam tanya pada diri banggakah anda?Orang hafal al-quran kitab agung dari langit, anda sibuk duk hafal lagu oppa gangnam (sambil buat gaya kuda sembelit), lagu orang putih mata biru hasil mutasi daripada behind the brown eyes, melayu celup tepung dan macam-macam lagi yang penuh lalai kadang-kadang tak paham makna.Banggakah anda?

Orang menggunakan harta yang ada dengan penuh ikhlas dan tawaduk berbelanja ke jalan Allah demi meraih redhanya tapi anda sibuk berbelanja untuk membeli Oh ya Allah the latest Dolce and Gabbana handbag.I hope, I hope I hope nak tambah koleksi gitu.ahaks.Ya Allah kabulkanlah permintaan hambamu ini.erkk.Taaaapi bila nak derma ke tabung gaza duit plastik warna biru seringgit malaysia anda terpaksa berfikir sebanyak 150 juta kali (ok ini over lama ).Banggakah anda?


Check balik amalan-amalan yang dibuat seharian.Tapi ingat jangan sampai jadi riak
Jaga keikhlasan dalam beramal
#stay humble






Tuesday, January 22, 2013

Ahmad Dhabit, 2013



#Story 1


Sambil membelek buku sekolah dengan lantang dan penuh confident dia menyebut " I am banana"

"Apa adik" Uminya di dapur bergegas keluar sambil memegang senduk di tangan

"Ala umi banana tu ise la umi" (dengan pelat terengganu campur kelantan)

"Oooo pisang"

2 minit kemudian..........

"Watermelon"

"Apa adik?"

"Watermelon umi..Kat tempat kita orang panggil imun ino, kalau orang sini dia panggil tembikai la umi.

Umi tu duk rumah belajar-belajar la umi. Jangan tidur je"

"Aishh budak kecik ni. Nak perli orang je  -___-"






#Story 2


Suasana sunyi di sebuah tadika.

Tiba-tiba " Sape ambek kalecat aku, Aku gocoh"

Kawan-kawannya terus mengerumuni budak tersebut.

"Cikgu dhabit nak gocoh.gocoh tu apa cikgu?

Cikgu siti dengan penuh tanda soal dan tanda tanya akhirnya dengan lemah lembut bertanya

 "Dhabit gocoh tu apa?

"Gocoh tu gaduh la cikgu"

kawan-kawan yang lain " Oooo gaduh"

"Ishhh cikgu takut la dhabit, gaduh-gaduh ni"

"Kalau kalecat tu pensil warna"

"Oooo"


#Story 3


"Dhabit nak gocoh?"

" Ishh ape gaduh-gaduh ni tak baik la" sambil senyum-senyum


-____-"





Note:  Aishhh..Macam-macam ragam la budak kecik ni sejak masuk tadika





Tuesday, January 8, 2013

Doa ketika hujan








Allahumma soi yiban naa fi'a

Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari).


Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi saw. mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.




2.49 p.m hujan renyai-renyai,UTM skudai




Saturday, January 5, 2013

Serangan Gergasi Meri-Meri



Assalamualaikum....


Toink..Toink...Toink...






          

      Hai semua pembaca yang dicintai...hehehe...hari ni nak write cerita pendek lah...try-try..je nie..hehehe..harap sumua boleh bagi sokongan k...Tajuknya adalah...ceceite,cecite...hahahah... okla fokus pada tajuk, tajuknya adalah "GERGASI MERI-MERI"..heheheh...


          Al-kisah menceritekan tentang seorang budak comot dengan seorang gergasi comel. Pada suatu hari seorang budak perempuan comot sedang tersesat di sebuah istana yang sangat cantik. Budak itu bernama muru-muru. emm..namanya pun nampak kurang enak di dengar. Muru-muru sangat teruja apabila melihat keindahan istana tersebut. Didalam istana itu terdapat kattle yang besar,katil yang besar, bantal yang besar, kerusi yang besar,latop yang besar, pendek kata semua lah besar. 




       Tiba-tiba Muru-muru ternampak sebuah kereta yang sangat cantik. kereta itu tidaklah sebesar barang-barang yang berada didalam istana tersebut. Muru-muru pun cuba untuk menaiki kereta tersebut. Alangkah gembiranya muru-muru kerana dapat drive kereta tersebut tanpa lesen..tapi lesen terbang pon ok je...janji boleh memandu,hehehe. Pada mula-mulanya muru-muru drive slow je.Tapi lama kelamaan die mulalah bawa makin laju sehingga terlanggar satu benda keras. Apa lagi muru-muru gelabah lah,die pon keluar dari kereta dan di dapati die sedang melanggar satu benda yang tidak diketahui apakah objek itu. Muru-Muru memerhatikan objek tersebut, semakin lama dia memerhati,didapati objek tersebut bergerak-gerak. Rupa-rupanya objek itu adalah jari kaki seorang gergasi yang comel. Gergasi itu bangun dan menguis kereta oren yang di pandu oleh Muru-Muru sehingga kereta tersebut terbalik. Muru-Muru berasa sangat takut, dia pun menyorok di belakang gergasi tersebut, nasib baik  gergasi yang comel itu tidak terpijak Muru-Muru.  Panjang umur Muru-Muru.  Hidup lagi die,kihkih...


   Walaupun muru-muru tidak kene pijak, tapi dia bimbang gergasi tersebut ternampaknya... Jeng..jeng.....jeng..... memang benar kata firasat hatinya. Mata gergasi tersebut memandang tepat ke arahnya. Gergasi tersebut menjentik-jentik muru-muru dann bercakap dengannya. Gergasi tersebut bertanya siapa namanya ? dia pun memberi tahu namanya Muru-Muru.  Muru-Muru dengan berani bertanyakan pula nama gergasi tersebut. Berani jugak ya Muru-Muru ni..kihkih..lalu gergasi tersebut memberitahu namanya meri-meri. Gergasi meri-meri menghulurkan tangan kepada muru-muru.Tapi Muru-Muru tidak paham apa yang meri-meri maksudkan. Muru-Muru terus naik ke atas tangan meri-meri.



    Meri-meri pon mengangkat Muru-Muru dan berkata "hai muru-muru..aku mahu bersalaman denganmu..kenapa kamu naik atas tangan ku..tidakkah kau takut dengan ku..aku mahu manjadi sahabat mu..sudikah kau bersahabat dengan ku.."? Muru-Muru pun menjawab "Wahai gergasi yang comel aku mohon maaf..aku tidak mengerti maksudmu.. sekarang baru aku tahu..jika kau ingin berkawan dengan ku aku sudi menerimamu sebagai sahabat ku kerana Allah". Gergasi meri-meri pun tersenyum..dan terus bertanya kepada muru-muru "tapi tadi kamu berkata kepadaku kamu bersahabat dengan ku kerana Allah.jadi aku ingin tanya siapa Allah". Muru-Muru menjawab "Allah Tuhanku,Tuhan yang mencipta langit dan bumi serta seluruh alam semesta". Gergasi meri-meri sangat gembira mendengar jawapan muru-muru. Gergasi meri-meri berkata "mulai hari ni kita akan jadi sahabat sejati ok..kau x perlulah memanggil aku gergasi lagi..tapi panggillah aku dengan nama meri-meri..nama tu lagi sedap dan cantik didengar, macam aku juga,,kihkihkih..".


           Muru-Muru mengangguk mendengar apa yang di cakap oleh meri-meri, lalu berkata "Terima kasih wahai meri-meri, aku tidak pernah bermimpi mendapat kawan seperti kamu,budi pekertimu sangat baik..walaupun kita berlainan jenis...engkau adalah seorang gergasi yang baik.."..meri-meri berkata "sama-sama..mulai hari ini kamu boleh bermain bersamaku,kamu boleh tinggal bersamu ku..makan nasi lemak RM1.50 pagi-pagi bersamaku.mentadabbur alam bersama-sama.tengok movie sinchan sama-sama, semualah sama-sama...hehehe". Akhirnya meri-meri dan Muru-Muru menjadi sahabat baik..mereka sentiasa bersama-sama..kecuali mandi je tidak bersama..kihkihkih.. tiap-tiap petang mereka akan menonton movie sinchan bersama-sama..satu tabiat Muru-Muru yang meri-meri dapat detect adalah..Muru-Muru..suka meniru gaya sinchan..kihkihki.Terutamanya ketika meri-meri tido.Dia akan berjalan perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang untuk menutup lampu sambil mulutnya berulang kali menyebut perkataan "diam,diam,diam" dengan nada berbisik, kononnya untuk tidak menyedarkan Meri-Meri.Tetapi kebiasaannya meri-meri pasti akan tersedar.haha (rujuk episod shin chan jangan ganggu papa). Kadang-kadang meri-meri nampak muru-muru dah macam katun dah pun...heheeh..tapi takpa,meri-meri bahagia bersama muru-muru. meri-meri harap hubungan mereka kekal sampai akhir hayat hendak-NYA..amin.


Hadiah persahabatan muru-muru kepada meri-meri a.k.a gergasi mualap


       Ok..begitulah kisahnya kisah seorang gergasi yang bernama meri-meri dengan seorang budak perempuan yang comot bernama muru-muru.Daripada cerita di atas moral yang boleh kita ambil adalah. Setiap apa yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh sang pencipta tanpa kita sedari. Kemudian,dalam persahabatan kita hendaklah ikhlas bersahabat,bersahabat kerana Allah barulah akan kekal hingga akhirnya. janganlah kita sekali-kali membezakan darjat dalam menjalinkan silaturrahim. so jadilah seperti muru-muru dan meri-meri. Apa yang baik dalam cerita ni bolehlah diambil..tapi apa yang buruk..buangla jauh-jauh..dalam tong sampah. Jangan buang merata-rata pulak...ok la kawan-kawan tu je kot setakat ni..Assalamualaikum.. :) 

create by,
meri-meri (2013)
aka k.ain