Sunday, October 28, 2012

Raya di perantauan






Salam aidiladha 1433H.Dah lama tak update blog.Internet kat kolej baru ni slow.kolej lama laju tapi bila kolej siswa tukar dengan kolej siswi,rasa macam tak selamat kat sana.Suasana kolej open,tak de pagar.tambah suasana belakang yang gelap tak tahu ape motiff tukar kolej.sigh.ade bilik dekat dengan tempat makan.bila buka tingkap je nampak orang dalam.Jadi tahun ni saya dengan kawan-kawan bawa diri pindah kolej baru,kolej tun hussein onn.Macam la selamat sangat.Konon la kan.haha.Yang paling saya suka dengan kolej baru ni bila ade perjumpaan ade makanan disediakan.hehe.


Ok balik motif asal.Tahun ni raya kat utm.Sebab dapat tahu cuti last minute,tiket semua dah habes terpaksa la beraya kat tempat orang.Nasib baik sempat pergi solat raya.Raya kat utm ni dah macam raya dekat overseas sebab ramai foreigner.tengok foreigner lelaki pakai baju putih pergi raya,rasa syahdu sangat.macam orang pergi haji kat mekah dah pakai baju putih.Ada yang pakai baju tradisional tempat dorang.tengok gaya macam orang turki.teringat baju dorang pakai masa international culture festie.



                                                                           Sapa bilang gadi melayu tak menawan?


Kalau yang perempuan stick to the dress code pakai baju hitam.Anak-anak orang arab yang kecik-kecik kemain lagi pakai baju gown kembang-kembang tali halus siap dengan topi kembang orang pergi pantai tu..terkejut mak.nasib baik budak-budak lagi.tak aurat pon.cute.cute.cute.teringat anak sedara perempuan kat rumah kecik-kecik pakai baju kurung,manis bertudung :)


Dah siap solat raya jumpa dengan farah alina and the geng.Sempat borak-borak.Ada banyak hikmah rupanya tak balik raya.Subhanallah.Perancangan Allah tu hebat kan.Bab kata kam,dulu senyum dari jauh je tapi tak sangka dapat borak lama.Dapat juga rapat-rapatkan silaturrahim.Ukhwah fillah abadan abada ^^








Ehem-ehem tahun ni kami jadi sukarelawan jadi dapat  tengok orang buat ibadah korban dekat dusun utm.Tapi takde la jadi sukarelawan rebahkan lembu sembelih semua tu.Erk.Tu semua kerja ikhwah.Jadi disebabkan pagi tu tak banyak kerja,sempat lagi kiteorang lari pergi jusco cari makanan.hihi.Petang tu baru datang tolong.Tolong masukkan daging dalam plastik dan timbang.


Alhamdulillah dapat juga merasa makan daging tahun ni,better daripada dua tahun lepas duduk kat bilik dengan atul makan half cooked egg+kicap+roti.Dah siap tolong,dapat daging semua.Balik bilik ape lagi, teruskan operasi memasak.weee.tata.assalamualaikum .







Saturday, October 13, 2012

Final year sudah







Masyaallah.Sungguh,atas kehendak Allah, semua ini terwujud :)
Bila masuk final year ni banyak pulak permandangan cantik kat utm yang tak pernah tengok
hehe. Always the jakun me
By the way semoga sem ni dipermudahkan.
Final year projek tambah dengan exam semua. ^^







Wednesday, August 15, 2012









Whatcha doin?
You are not in heaven
This is dunya




3:08 pm, 26th ramadhan, hujan renyai-renyai





Monday, July 23, 2012

Oh Durriyen!




Tak tahu pulak selama ni pak sedara ade kebun durian.Haa mesti selama ni dia rahsiakan sebab tak nak bagi makan ni.haha.(Suka-suka je buat onar sebab jelez tak dapat ikut lettew).Padahal tak pernah nak amek tahu ataupun memang tak tahu ataupun dah bagitau lupe.Adeh lupe ingatan jap.Nati raye kena mintak maaf ni.Hehe.Tapi alang-alang tu nanti jangan lupe bagi duit raya sekali.Kekeke.Agak-agaknya orang-orang kampung zombie kampung durian ni mesti semua pakat buat pesta durian kan.Sah-sah la ade pulut durriyenn.Wah rindu nak makan pulut durriiyenn!(Gigit jari.EH puasa la) ^__^"

Adeh pokok durian pun satu mase ade kat rumah tak de pulak dia nak berbuah.Kakak kesayangan ku pun satu hal kenape tag saya kat facebook kakak ku..kenape?Walaupon tak berapa suka durian tapi bila suka saya suka.Erkk.Macam mane tu?Saya boleh jadi orang yang paling suka durian bila saya suka dan saya boleh jadi orang yang paling tak suka durian bila saya tak suka. Kira love hate relationship gitu.Aww. Lebih kurang camtu la.Nak cakap pon tak reti dah.haha.Sabar ye Nurul Akmal.Sesungguhnya kamu berpuasa.k bai.Sila teruskan kerja processing anda. XD



Monday, July 16, 2012

Kecederaan Iman




Lately dah bosan sangat duk rumah sewa ,tak tahu nak buat ape saya terlayan running man (ter okay,tak sengaja) .Sampai masuk office sambil-sambil nak tunggu image yang besar gedabak process sempat lagi tengok running man.Sebelum ni nako dah suroh layan running man tapi macam tak berapa layan sangat masa tu.Promotion tak melekat.hehe sory nako.Sekarang dah teraddicted pulak bila join ieja tengok..Hari-hari tengok running man.Gelak sorang-sorang macam nak putus urat perut pon ade.dah la baru pindah rumah sewa baru.dalam tu tak de barang sekali gelak habes gema satu rumah.Cuba bayangkan macam mane la bunyi gelak tu.Macam monster erkk..macam cute pon ade (yang ni betul)..ihik.perasan.Aigoo.haha (Tengok dah terpengaruh) :D




Jujurly la  (OH my english!).Tangan letak kat mulut dengan muka pura-pura terkejut.Err.Running man memang best tengok sebab oppa dengan unnie dalam tu kelakar habes wahahaha.Tambah pulak bila ade laki hensem muka kiut macam strawbery.droll.eh?euww..tapi bila dah banyak sangat gelak hati jadi keras.Lepas solat terus pergi tengok running man.Al-quran pon letak tepi je.Tak ke sedih.Sekarang dah nak masuk bulan ramadhan al-mubarak orang semua sibuk-sibuk nak baca al-quran kot.Tak jealous ke?.Masuk office cuba nak hidupkan hati balik dengar zikir.Bila dengar rasa sayu.sedih semua ada.tapi nanti bosan balik rumah tengok running man balik.Buku yang beli pon tak terbaca.Sah-sah la hati manusia ni betul-betul qulub (berbolak balik).Haishh masalah besar ni.Saya hidup kat atas dunia ni bukan untuk tengok running man semata-mata. Kesian hati saya.Kesian kat saya jugak.Memang kesian la.Kesian.Kesian.Kesian (sila baca nada upin ipin) .tskk.tskkk.Masalah la Nurul Akmal ni. -__-"



"Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik,meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu,maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat agar kamu beruntung"

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik, 
wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu :'(



P/s:I'll cure you.Bertahan ye.(Muka serius) T_T