Saturday, December 31, 2011

Esok tahun baru? ^^




Kalau ikutkan calendar masihi esok new year.Esok umur kita makin meningkat maknanya semakin hampir juga kita kepada Allah s.w.t.


Alhamdulillah 2011 sangat bermakna bagi saya.Allah open my heart and give me strength to make first move.Insyaallah tahun-tahun selepas ini saya akan berusaha untuk jadi better muslimah.I will try my best walaupun I'm not good or kind enough but I will try.Kadang-kadang dugaan paling besar tu  datang dalam diri kita sediri. Saya akui memang la sometimes saya ni annoying moody tak tentu pasal.tapi normal la perempuan there is chemical change in blood chemistry. No shame in that. ( Baca dengan penuh confident)..Cuba untuk handle sebaiknya dan harap orang sekeliling juga paham ^___^ 


Erkk Diam jap.Krikk..Krikkk..(Bunyi cengkerik)


Saya sedar bile kita nak berubah kerana ke arah yang lebih baik.No matter how much we try people still searching for our flaw.Kecik mana kesalahan tu orang akan cuba cari  but I dont blame them memang lumrah manusia macam tu sebab tu kita kena sentiasa husnuzon (berbaik sangka).Mana yang salah harap tegur boleh diperbaiki lagi cakap depan-depan.Kalau cakap belakang macam mana nak baiki.hihi.Saya appreciate setiap teguran.Kadang-kadang kita tak sedar kita ada buat salah bila orang tegur baru kita nampak tak kisah la orang yang tegur tu baik ke tak yang penting kita menilai pada apa yang ditegur bukan orang yang menegur.Pesanan ni bukan untuk saya je tapi untuk semua.


Saya ada dengar kisah saidina Umar r.a. dengan seorang peminum arak.Peminum arak telah menegur Saidina Umar.Beliau dengan berlapang dada menerima teguran  tersebut sampai ada yang bertanya "wahai Amirul Mukminin kenapa terima teguran itu sedangkan dia peminum arak?"Saidina Umar menjawab "Ya dia berdosa kerana meminum arak,Tetapi teguran kepadaku adalah benar".Saya harap sangat kisah ni dapat jadi teladan untuk kita semua.


Ok balik cerita asal.Susah juga nak istiqamah sebenarnya.Semua nak kena jage tapi tu untuk kebaikan kita juga.Alah bisa tegal biasa.Kita hidup bukan untuk dunia semata-mata akhirat itu yang abadi..Sometimes I also have my evil side.Nak kena lawan dengan diri sendiri.Saya bukan insan yang sempurna walaupun nama saya cahaya sempurna. :)


I also have my pass.For those yang terasa hati,terluka dengan kata-kata saya ,sempena tahun baru ni saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Kadang-kadang kita perlu berkata benar walaupun pahit atau mungkin saya silap.At certain part saya perlu belajar untuk diam. Saya doakan semua kawan-kawan saya sentiasa tabah dengan ujian mereka.Jadi insan yang kuat.Buang yang keruh kita ambil yang jernih.




Untuk yang nak ambil exam good luck semua.Semoga dipermudahkan segala urusan. :)





Sunday, December 25, 2011

Ceramah ustaz azhar





sumber gambar :facebook ustaz azhar :D

Subhanallah terharu pulak rasa bile tengok ramai orang kat masjid semalam.Anak muda, orang dewasa, kanak-kanak,pak cik-pak cik,atok-atok semua datang nak dengar ceramah agama ustaz azhar dekat Masjid Jamek Bandar Baru Uda.Susah nak tengok masjid penuh macam ni.Hehe.Bagus anak-anak muda zaman sekarang ni ramai yang minat nak dengar ceramah agama.Semoga dengan usaha ini keimanan dalam diri kita semakin mantap.Ukhuwah kita juga makin kuat.Thumbs up to all. :D


Muslimin dan muslimat yang datang penuh sampai kat luar masjid.Walaupun saya duduk kat belakang nampak kopiah dan janggut ustaz je (sebab rabun sebenarnya) tapi still berpuas hati.Nampak muka kat screen pon jadi la.hihi.Harap semua yang hadir dapat  pengisian tu.Untung la muslimin yang duk kat bahagian depan tu.






Saya doakan semoga ustaz panjang umur.Harap ustaz teruskan perjuangan ustaz.Dapat tarik lagi ramai anak muda.Sama-sama kita perjuangkan islam yang makin lama makin luntur dalam hati sesetengah manusia yang masih lagi lalai dengan dunia yang sementara ni .Kemah keming ustaz bagi ceramoh semalang.Memang sempoi habis la .heee :D




NOTE:InsyaAllah suatu hari nanti islam akan bangkit juga :)

Wednesday, December 21, 2011

Rahsia di Sebalik Warna Hijau




Tenangkan dapat tengok permandangan warna hijau ..hehe


Ayat-ayat al-Quran menyebut bahawa pakaian ahli syurga bewarna hijau.Pilihan warna ini mengandungi rahsia yang sangat mendalam.Para ulama sejak dahulu hingga sekarang banyak membincangkan makna di sebalik warna hijau


Menurut Iman al-Qurtubi dalam kitab al-Tazkirah,warna hijau menjadi pilihan kerana sangat lembut dipandang mata.Warna putih sangat menyilaukan mata dan warna hitam sangat gelap.Warna hijau berada antara putih dan hitam serta warna ini menghimpunkan cahaya.


Warna hijau juga memberi kesan psikologi yang sangat mendalam.Iman Mahmud bin Abdillah al-Alusi menulis dalam tafsirnya:


"Warna hijau ialah warna yang paling indah.
Hati berasa gembira setiap kali melihatnya melebihi warna-warna yang lain"



Ucapan pakar tafsir ini mendapat sokongan daripada para pengkaji moden.Warna hijau mencerminkan ketenangan,kedamaian dan kebahagian.Jika seorang pesakit melihat warna hijau,hatinya akan dipenuhi dengan rasa optimistik.Kerana itulah warna hijau dipakai oleh pakar bedah di dalam bilik pembedahan.

Warna hijau juga melambangkan kepuasan dan kebanggaan dan kekuasaan.Menurut Imam Ibn Ashur,warna hijau menjadi pilihan raja-raja zaman dahulu apabila syurga dipenuhi warna ini,seolah-olah melambangkan kepuasan yang sangat sempurna dihati ahlinya.



Sumber:Solusi Isu No 38.Saja nak share sebab saya suka warna hijau..tehee..kalau Nur Aqidah baca ni mesti dia suka  XD



Tuesday, December 6, 2011

Recite Al-Quran








-We read all types of books,but when it comes to Qur'aan we turn away.We suddently have no time.

-We memorize lyrics of different songs, but no time to memorize even a Verse of the wise Qur’aan.


-We prepare for tomorrow, but neglect the hereafter.


-We all want to go to Jannaah, but we are attaching ourselves to Jahanam.


-Why we are still sleeping.


-Wake up! Your grave is calling you.


-“o, son of Adam, did you forget me? Did you forget me when you ending is back to me?”






Sunday, December 4, 2011

Turn to Allah








(Muhammad), tell my servants who have committed injustice to themselves,
“Do not despair of the mercy of God. God certainly forgives all sins. He is All-forgiving and All-merciful.


- Az-Zumar [39:53]


Friday, December 2, 2011

International Culture Fiesta


Lokasi tasik Ilmu UTM.sangat best..dapat makan free.rasa makanan negara lain .layanan sangat mesra dan orang-orang kat sana very nice..hehe

iraq
budak kecik yang kawai..bulu mata dia lentikk..comel..hihi

Sudan
Korea.Sape yang nak cuba pakai hanbok pon boleh :)
tak sempat rasa buah ni..jual mahal sangat adeh :D

Pakaian tradisional orang turki.booth dorang sebelah ngn booth kami.anak terengganu.hihi.
Banyak booth kat sana.Ada iran,egypt,yemen,nigeria,dan banyak lagi .Alhamdulliah dapat tambah pengetahuan & mengeratkan lagi silaturrahim :)


Monday, November 28, 2011

Haiwan vs Manusia

Assalamualaikum wbt..

Saya ada menghadiri wacana ilmu bersama Dr Harlina Siraj.Pensyarah UKM.Saya suka dengan beberapa part dalam ceramah Dr Har.Perbezaan haiwan dengan manusia.Biasanya kita akan cakap haiwan tak ada akal tetapi manusia dianugerahkan akal.



Selain daripada itu kita boleh cakap juga haiwan tak pakai baju.Pernah tak kita pikir kenapa haiwan tak pakai baju tapi manusia pakai ?Sebenarnya itu merupakan salah satu cara untuk menarik pasangan mereka.Apabila mata bertentang mata maka terpandang la dak kucing jantan dekat dak kucing bertina.Dak kucing jantan dan kucing betina tersebut tertariklah dengan kecantikan haiwaniah mereka..teeettt..Selepas itu jatuh cinta dan beranak pinak la dak kucing tu..eceh..haha




Tetapi manusia ini sangat istimewa iaitu sebaik-baik ciptaan.Betapa bertuahnya kita kerana Allah telah menaikkan martabat kita sebagai manusia.Menyuruh manusia ni menutup aurat mereka.Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Tetapi malangnya sekarang manusia tu sendiri yang menjatuhkan martabat mereka.menunjukkan kecantikan haiwaniah mereka kepada orang lagi.Sehingga terjadi perbuatan yang terkutuk dan lahirlah golongan yang tak bersalah.dibuang sana sini .
Janganlah sesekali kita menjatuhkan martabat kita ini.Sayangilah diri anda.Kepada semua wanita zaman pula sekarang kita dapat lihat ramai yang hendak bertudung.Macam-macam fesyen lilit-lilit.bungkus-bungkus tapi sayang tak ramai yang nak tutup susuk badan .Macam-macam shape ade.S-shape V shape Rectangular Shape.erkk.Tapi for those yang baru nak berubah pakai tudung tu Alhamdulillah semoga terus istiqamah. ^^ 

Peliharalah dirimu sebaiknya :)


Sunday, November 13, 2011

O'Allah :)




I told you: Do not leave me
You said: 'So remember Me; I will remember you...' (2:152)

I told you: I'm facing a lot of difficulties in life
You said: 'And whoever fears Allah – He will make for him a way out' (65:2)

I told you: Oh Lord I need hope
You said: 'Indeed, with hardship [will be] ease.' (94:6)

I told you: I have many dreams that I want to come true
You said: 'Call upon Me; I will respond to you.' (40:60)

I told you: Many people hurt me
You said: 'So pardon them and ask forgiveness for them' (3:159)

I told you: I feel I'm alone
You said: 'We are closer to him than [his] jugular vein' (50:16)

I told you: My sins are so many
You said: 'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)

YOU're close to me yet i'm so far from YOU. :')

Astagfirullah for the past, Alhamdulillah for the present, InshaAllah for the future ♥
Be a better person :)


Thursday, October 27, 2011

Gunong Pulai 2








Program: Tautan hati gabungan ktdi dan kolej 11.

Date: 26.10.2011

Lokasi: Gunong Pulai 2

Rasulullah saw. bersabda, “Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari Muslim)

Syukur Alhamdulillah sebab berkesempatan untuk join program ni

Semoga tautan ukhuwah berada dalam redha Allah :)




Thursday, October 20, 2011

Haruslah tabah =)



Serius tak faham dengan dunia sekarang.Zaman sekarang kalau anak-anak keluar rumah tak pakai tudung pakai baju ketat.keluar dengan lelaki bukan mahram langsung ibu bapa tak risau.langsung tak ada perasaan bimbang atau takut.Tapi bila anak mula menyuarakan perasaan nak tutup aurat.nak pakai stoking.nak pakai tudung yang betul-betul tudung.macam-macam keluar kat benak kepala.takot anak ikut ajaran sesat?takut anak terpesong?takot orang mengata?astaghfirullahalazim.

Kenapa perlu ada prasangka buruk sampai macam tu sekali.Tak suka kah anak berubah ke arah kebaikan?Tak terpikirkah perasaan anak itu apabila niat murninya disalah ertikan sampai begitu sekali.Bukan mudah nak berubah ke arah kebaikan.Tak semua orang yang betul-betul kuat untuk berubah.Tambah-tambah lagi orang biasa.Yang hidup biasa-biasa.Biarkan aje mulut orang.Mengapa perlu ada perasaan takut?Mengapa perlu risau?.Mengapa harus takut semua itu bukankah kita seharusnya perlu lagi takut kepada Allah yang Esa.Tuhan sekalian alam yang lebih mengetahui segalanya.



Bersabarlah.bersabarlah.Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan,dengan syarat kite mestilah bersabar mengahadapinya.Jangan sesekali berpaling dari Allah atau menjauhkan diri dariNYA

"Wahai orang beriman ! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu berjaya." (Surah Ali Imran, ayat 200)



note:kesian sahabat saya..tak pelah.anggap ini semua dugaan.semoga lagi tabah.Mak risau tu tandanya sayang.positivekan diri balik..sayang mak dia kat dia ye..no worries your daughter will be in right path.inshaallah =)


Sunday, October 16, 2011

Rabbi Yassir Wala Tu’assir






Ya Allah Ya Tuhan kami,

kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu

dan berikan petunjuk kepada kami

dalam urusan kami dengan segala petunjuk .

Mudahkanlah urusan kami Ya Allah,

Permudahkanlah jangan disulitkan

kerana hanya kepada Engkaulah yang memudahkan

segala yang susah adalah mudah bagi-Mu.

Ya Allah sempurnakan segala kebaikan dengan rahmat-Mu,

Ya Allah wahai yang paling mengasihani

daripada segala yang mengasihani.







la tahzan nurul akmal.InsyaAllah dipermudahkan =')


Saturday, September 24, 2011

Have Faith










“If Allah loves someone, He will give that person faith.

If Allah loves that person a little bit more,

He will give that person strenght and perseverance to practice His religion perfectly.

And If Allah loves that person a little bit more,

He will make his life in this Dunya difficult,

for that slave of His to test how far is the love of His Slave to Him.”





Tuesday, September 20, 2011

Jamuan Raya



Hari ni utm buat jamuan raya
makan free kot..
dengan semangat juang yang tinggi untuk menjadi mahasiswi yang bertanggungjawab
tak nak la majlis tu tak meriah (budget padahal nak makan free..haha)
habes je kelas terus kiteorang serbu padang kawad..

ramai orang kat sana.tapi sebab makan free punya pasal..
eh silap siswi bertanggungjawab..sabar je kiteorang tunggu..hihi ^^



akhirnya balik bawak perut kenyang ..
tadi jumpa eima .ngeeee.pastu wani sengal pi melatah mase tengah makan..
"mak oii makan dulu,tapau kemudian"
haha..laghooo..serentak kiteorang gelak..kantoi awal-awal dah pasang niat nak tapau..
last-last tapau makanan jugak tadi..hehe


Saturday, September 17, 2011

sem baru XD






gelas fav dah pecah.ni gelas baru (percuma kit kat)..haha


cadar baru warna biru..sebab ada hijau sikit2..ok la :P





Tak sangka dah tahun 3.Rasa macam dah dewasa dowhhh.haha.Senpai ni.budak tahun satu.panggil kakak.cepat.cepat.hehe.mintak-mintak sem baru ni lebih baik daripada sem-sem lepas.x de nak main-main sangat.wahhh..syok la plak bile dh tahun 3 ni..lepas ni tahun 4 busy dengan psm..tak syok langsung.dah la tahun 4 kena belajar dengan prof mazlan (mintak-mintak tak de lecturer yang baca).orang ckp ramai kena repeat subjek dia..sbb markah kalau salah dia tolak.silap haribulan boleh dapat markah negative..yeke??tak nak pikir aci tak..yang penting sem ni kena berusaha lebih sikit..nurul akmal..HWAITING !!! ^^

note:nora balik rumah...tapi tak kisah sangat sebab ada wani..ngeeee XD



Thursday, July 28, 2011

work.work..work :)








السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


halllooooo..teheeee.NUrul akmal is currrently working at ISC MICRO PRECISION SDN BHD.


sekarang ni kan tengah cuti lama.


daripada duk rumah memontelkan diri.


pastu masuk hostel balik semua orang duk cakap alolololo makin montel..dushhh


Baik kerja.Income pn masuk.


lepas tu nanti boleh la berfoya-foya..hihi


ehsan google earth tempat kerja.


Ni first time dalam hidup kerja.


agak penat jugak sampai kena dehydration.haha..padan muka kat diri sendiri


pergi klinik dah la kena lecture dengan doktor ..aishhh (--")


siap kasi note lagi.

ada simpan dalam beg tapi x baca sebab x paham.haha

sape soh tulis tulisan doktor (O_o)

Sepanjang cuti ni paling kurang jumpa kawan-kawan..


busy amat..


nati lepas raya jela boleh jumpe my darlings semua.. :)








P/S : cik adik aleen .Dah update jangan majuk-majuk lagi nanti tak comel..ngeeee :P ^^









Friday, June 17, 2011

Mencari keredhaan-NYA







Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha mengasihani.Assalamualaikum. ^^


Hari ni saya update jugak blog sebab dah janji dengan seseorang nak update lepas dia update.Nampaknya kena la tunaikan ^^




Biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi.
Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai.
Biarkan kegelisahan lenyap.Jangan kita hilang semngat.
Biar penderitaan menyapa,agar kekuatan kita bina semula.
Biarkanlah diri ini menderita,agar saya tahu kepahitan derita ini.


Agar saya sedar kesengsaraan ini,
tak sama bahkan hanya secebis penderitaan Rasulullah saw.
Tuhan sesekali tidak pernah menzalimi hamba-NYA.
Tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
Cahaya kelam pahala dan dosa.
Berusaha memilihnya
walau kadang kala tersasar lantaran nafsu.


Namun peluang darinya sentiasa ada.
Namun kasih dari-NYA sentiasa memayungi .
Diturunkan ad-din memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.
Dikurniakan akhlak mencantikkan perkerti.
Menjadi sebaik-baik ummat.Tunduk sebagai hamba.
Berjalan sebagai khalifah.


menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "takwa"
agar dapat berteduh daripada kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"


Semoga kita dapat meraih keredhaan-NYA


P/s:Kepada sape-sape yang rasa saya tak pernah hargai dia.Saya mintak maaf.I always appreciate all my friends.Sorry x pndai tunjuk semua tu..huhu

Saturday, May 28, 2011

baiknye



Ada sorang ni kawan cakap tak rugi buat baik kat orang.


"Kite buat baik kat orang,orang doakan kita"


Story 1:


Semalam waktu rehat gerak gi surau fakulti sebab nak solat zohor.Masa nak pakai telekung sekali keronsang terpelanting entah kemana.uish ganas betol.Dah la rabun.haisshh..Ade sorang kakak ni tanye kenapa dik.Cakap la saya tengah cari keronsang saya.Tak jumpe.Macam orang hilang anak gak cari keronsang..sebab malas nak selempang tudung.Tak seronok.Memang dh tak jumpe ok fine la kan..Solat jela.Rupa-rupanya keronsang tu jatuh atas sejadah je.Habes solat nak lipat balik sejadah akak tu nak guna.Sekali dia hulurkan keronsang dia.Ni akak ade keronsang lebih.Adik amek la.Ya Allah baiknya kakak ni..Dalam hati masa tu rasa terharu sangat-sangat.


Story 2:



Ni masa balik cuti sem.Masa bulan puasa.Singgah buka pose kat pizza seremban.Dengan bawak beg and teddy bear besar kawan punya.Sekali ade dua orang pak cik datang meja sebelah..Tak tahu la pak cik ke abang.pak cik la.selamat sket..haha..Dia tanya adik ni daripada mane.Saya daripada UTM.Tapi banyak senyap je.Kalau dia tanya kawan sorang lagi yang banyak cakap.Sekali masa nak bayar kawan datang eh dia tolong bayarkan la.Mula-mula kiteorang suroh jgk amek duit tu tapi dia tak nak.Cakap tak pe la saya dah kerja saya belanja adik kecik.sambil terseyum.Baiknya pak cik ni.Dah la bulan puasa,Bertambah-tambah pahala dia.Semoga dia dimurahi rezeki selalu. ^^


Story 3:


Petang baru balik surau.Ni masa kat kolej mara kulim.Pegi dewan makan sebab nak makan petang.Menu hari tu biasa je.Ikan goreng.Entah macam mana bukan main berselera lagi makan.Sebelum ni tak de pn nak makan sangat ikan tu.Ade sorang budak kat depan tegur awak amek la ikan saya ni.Eh tak apa la.(Tak kenal pon).Memang tak kisah sangat masa tu kalau habes ikan dalam tray tu habes la.Budak depan tadi dah habes makan tapi dia still tunggu.sekali lagi dia offer awak amek la ikan saya sebab saya nampak awak suka makan ikan tu.Bila dia dah tunggu macam tu tak sampai hati plak nak tolak.Lagi pon dia tak nak membazir.Sanggup dia tunggu..Kenapa baik sangat..haishh..Semoga berjaya dalam hidup sahabat.=)




Note:Walaupun masa tu buat muka senyum-senyum kambing.Tapi dalam hati tipu la tak terharu.Padahal tu bru pertama kali jumpe.Baik sungguh hati mereka.Smoga Allah permudahkan hidup mereka.Sebab tu pertama dan last jumpe kot.Hanya doa je mampu dijadikan balasan.



Monday, May 23, 2011

Baik vs Nakal






Teringat dulu ade sorang member ni cter..abang dia nakal..mak dia pesan suroh kawan dengan budak yang baik-baik sikit.Sekali adik dia menyampuk.Mak mesti orang yang baik tu mak dia pesan soh kawan dengan orang yang baik-baik jugak..habes tu nati sape yang nak kawan dengan abang..


Dapat kawan dengan orang baik memang bagus.Ada ayat yang menyatakan:



"Apabila berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan turut mendapat harumannya dan bila berkawan dengan tukang besi kita turut mendapat bau busuk."




Me:Kak ain habes tu macam mana kalau orang yang baik tak nak kawan dengan orang nakal?


Kak ain:Itu maknanya orang tu bukan orang yang betul-betul baik




Sepanjang aku hidup aku rase aku kawan je dengan semua.Tapi biasa kalau mase sekolah menengah sah2 la kawan dengan budak nakal sebab budak baik x nak kawan dengan aku..haha..sedih tak??Tapi tak kisah pon.Sebab manusia ni banyak ragam.Ada yang senyap-senyap tikam kawan daripada belakang.Ada yang nakal tapi bile berkawan ok je.Ade yang memang betol2 baik.Ade yang hipokrit bermuka-muka.


Kalau semua orang pilih kawan nak kawan dengan orang baik-baik je habis tu sape nak kawan dengan budak nakal.??Kawan aku sorang ni dia free hair..Dia cakap ko kawan jela dengan semua tapi jangan la ikut skali.Sebab ade manusia hubungan dia dengan manusia ok je cuma dengan Allah yang hancur sket.Aku pn ade je tegur dia.Awal-awal lagi dh ckp kire aku dh tegur ko sebab aku takot nati aku kena jawab, ko jangan terasa plak ni atas ko la nak terima ke tak..dia pn mcm ok fine.Aku pon sebenarnye x de la baik sangat nak tegur-tegur orang.Tapi kadang-kadang effect memang akan kena jugak..Cume jangan terpengaruh la.Boleh pikir mane baik mana yang buruk.


Bagi aku orang jahat tu tak semestinya jahat selama-lamanya.Tak mustahil orang jahat boleh jadi baik.Orang baik tu boleh jadi jahat.Jadi jangan la mudah-mudah nak jatuhkan hukum dekat orang.Kite tak tahu perjalanan hidup dia.Tak semua beruntung dilahirkan dalam suasana dan kedaan yang baik-baik




"Who are you to judge the others?
Before you start pointing fingers, make sure your hands are clean."
~Bob Marley~




Allah tidak menilai seseorang tu pada permulaan mereka tapi pada pengakhiran mereka.







Saturday, May 21, 2011

Tanjung Piai



Semalam kiteorang kena turun site..dapat area tanjung piai..serius best..hihi..berbaloi walaupun penat.tempat tu cantik.dapat tengok paya bakau.masuk kebun getah,sawit,jagung,nanas, semua kiteorang redah.kire satu tanjung piai tu kiteorang pusing..hihi =)



Itu pak cik driver kiteorang yang pakai baju putih tengah kasi makan munyit..hehe..
tersangat la baik..layan je karenah kiteorang ^^








cepat pilih..nak g mne..london..paris.new york.. =)








ini yang paling best..yeayhhh..dh smpai hujung asia..teheee \(^_^)/




Saturday, April 16, 2011

jangan lagho






Ya Allah..laghonye Nurul akmal hari ni..daripada semalam tido kul 4..kalau study tak pe jgk ni duk main2 je.dah la bangun lambat..esok luse dah nak exam duk lagho lagi..MasyaAllah nurul akmal..apa nk jadi ni..dah2 la lagho..Assgment photo x sentuh lagi..Nak kena wat discussion lagi untuk lab report.Nak study lagi..byk kot..nak study last minute memang x kan sempat la.Semua orang nak balik x kan dah x bersemangat..nati habes survey camp bleyh balik jgk..chill la..macam x biasa tak balik rumah lama2..macam budak kecik je..aishh..cakap dah matang..





note:saya rindu rumah..saya nak balik jgk..(tak saya tipu)





Jeremy please dont die






sedihnye tengok jeremy sakit..
batang dia dah x hijau..
jeremy ..sorry..huhu
jangan la mati
please stay with me
Tak bertanggungjawabnye saya




sorry x jage elok-elok.
i wont give you too much water after this..
kasi kasih sayang cukup2.
belai hari-hari.
jeremy jgn la mcm ni..uwaaaarghhh
sedih ni.sobs
terlebih siram air je pon..tskk.tskk
get well soon. =((



note: sorry jeremy..='(


Saturday, March 19, 2011

MAGRES 2011



VENUE: GRAND PARAGON HOTEL
DATE:18.3.2011


Congratulation 2SGS.
We did it together (^_~)








Serius..duk kt meja VIP x best..
duk belakang lg best..dekat ngn mknan..HEHE =p





























Dak 1st year..ske tgk tarian korg =)





Band of the night red pointed heels.
Good job guys ^^



p/s:dinner dah settle..nanti program konvo lak..aish..final dh nk dekat dh ni..bile mase ntuk study..