Tuesday, January 22, 2013

Ahmad Dhabit, 2013



#Story 1


Sambil membelek buku sekolah dengan lantang dan penuh confident dia menyebut " I am banana"

"Apa adik" Uminya di dapur bergegas keluar sambil memegang senduk di tangan

"Ala umi banana tu ise la umi" (dengan pelat terengganu campur kelantan)

"Oooo pisang"

2 minit kemudian..........

"Watermelon"

"Apa adik?"

"Watermelon umi..Kat tempat kita orang panggil imun ino, kalau orang sini dia panggil tembikai la umi.

Umi tu duk rumah belajar-belajar la umi. Jangan tidur je"

"Aishh budak kecik ni. Nak perli orang je  -___-"






#Story 2


Suasana sunyi di sebuah tadika.

Tiba-tiba " Sape ambek kalecat aku, Aku gocoh"

Kawan-kawannya terus mengerumuni budak tersebut.

"Cikgu dhabit nak gocoh.gocoh tu apa cikgu?

Cikgu siti dengan penuh tanda soal dan tanda tanya akhirnya dengan lemah lembut bertanya

 "Dhabit gocoh tu apa?

"Gocoh tu gaduh la cikgu"

kawan-kawan yang lain " Oooo gaduh"

"Ishhh cikgu takut la dhabit, gaduh-gaduh ni"

"Kalau kalecat tu pensil warna"

"Oooo"


#Story 3


"Dhabit nak gocoh?"

" Ishh ape gaduh-gaduh ni tak baik la" sambil senyum-senyum


-____-"





Note:  Aishhh..Macam-macam ragam la budak kecik ni sejak masuk tadika





Tuesday, January 8, 2013

Doa ketika hujan








Allahumma soi yiban naa fi'a

Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari).


Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi saw. mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.




2.49 p.m hujan renyai-renyai,UTM skudai




Saturday, January 5, 2013

Serangan Gergasi Meri-Meri



Assalamualaikum....


Toink..Toink...Toink...






          

      Hai semua pembaca yang dicintai...hehehe...hari ni nak write cerita pendek lah...try-try..je nie..hehehe..harap sumua boleh bagi sokongan k...Tajuknya adalah...ceceite,cecite...hahahah... okla fokus pada tajuk, tajuknya adalah "GERGASI MERI-MERI"..heheheh...


          Al-kisah menceritekan tentang seorang budak comot dengan seorang gergasi comel. Pada suatu hari seorang budak perempuan comot sedang tersesat di sebuah istana yang sangat cantik. Budak itu bernama muru-muru. emm..namanya pun nampak kurang enak di dengar. Muru-muru sangat teruja apabila melihat keindahan istana tersebut. Didalam istana itu terdapat kattle yang besar,katil yang besar, bantal yang besar, kerusi yang besar,latop yang besar, pendek kata semua lah besar. 




       Tiba-tiba Muru-muru ternampak sebuah kereta yang sangat cantik. kereta itu tidaklah sebesar barang-barang yang berada didalam istana tersebut. Muru-muru pun cuba untuk menaiki kereta tersebut. Alangkah gembiranya muru-muru kerana dapat drive kereta tersebut tanpa lesen..tapi lesen terbang pon ok je...janji boleh memandu,hehehe. Pada mula-mulanya muru-muru drive slow je.Tapi lama kelamaan die mulalah bawa makin laju sehingga terlanggar satu benda keras. Apa lagi muru-muru gelabah lah,die pon keluar dari kereta dan di dapati die sedang melanggar satu benda yang tidak diketahui apakah objek itu. Muru-Muru memerhatikan objek tersebut, semakin lama dia memerhati,didapati objek tersebut bergerak-gerak. Rupa-rupanya objek itu adalah jari kaki seorang gergasi yang comel. Gergasi itu bangun dan menguis kereta oren yang di pandu oleh Muru-Muru sehingga kereta tersebut terbalik. Muru-Muru berasa sangat takut, dia pun menyorok di belakang gergasi tersebut, nasib baik  gergasi yang comel itu tidak terpijak Muru-Muru.  Panjang umur Muru-Muru.  Hidup lagi die,kihkih...


   Walaupun muru-muru tidak kene pijak, tapi dia bimbang gergasi tersebut ternampaknya... Jeng..jeng.....jeng..... memang benar kata firasat hatinya. Mata gergasi tersebut memandang tepat ke arahnya. Gergasi tersebut menjentik-jentik muru-muru dann bercakap dengannya. Gergasi tersebut bertanya siapa namanya ? dia pun memberi tahu namanya Muru-Muru.  Muru-Muru dengan berani bertanyakan pula nama gergasi tersebut. Berani jugak ya Muru-Muru ni..kihkih..lalu gergasi tersebut memberitahu namanya meri-meri. Gergasi meri-meri menghulurkan tangan kepada muru-muru.Tapi Muru-Muru tidak paham apa yang meri-meri maksudkan. Muru-Muru terus naik ke atas tangan meri-meri.



    Meri-meri pon mengangkat Muru-Muru dan berkata "hai muru-muru..aku mahu bersalaman denganmu..kenapa kamu naik atas tangan ku..tidakkah kau takut dengan ku..aku mahu manjadi sahabat mu..sudikah kau bersahabat dengan ku.."? Muru-Muru pun menjawab "Wahai gergasi yang comel aku mohon maaf..aku tidak mengerti maksudmu.. sekarang baru aku tahu..jika kau ingin berkawan dengan ku aku sudi menerimamu sebagai sahabat ku kerana Allah". Gergasi meri-meri pun tersenyum..dan terus bertanya kepada muru-muru "tapi tadi kamu berkata kepadaku kamu bersahabat dengan ku kerana Allah.jadi aku ingin tanya siapa Allah". Muru-Muru menjawab "Allah Tuhanku,Tuhan yang mencipta langit dan bumi serta seluruh alam semesta". Gergasi meri-meri sangat gembira mendengar jawapan muru-muru. Gergasi meri-meri berkata "mulai hari ni kita akan jadi sahabat sejati ok..kau x perlulah memanggil aku gergasi lagi..tapi panggillah aku dengan nama meri-meri..nama tu lagi sedap dan cantik didengar, macam aku juga,,kihkihkih..".


           Muru-Muru mengangguk mendengar apa yang di cakap oleh meri-meri, lalu berkata "Terima kasih wahai meri-meri, aku tidak pernah bermimpi mendapat kawan seperti kamu,budi pekertimu sangat baik..walaupun kita berlainan jenis...engkau adalah seorang gergasi yang baik.."..meri-meri berkata "sama-sama..mulai hari ini kamu boleh bermain bersamaku,kamu boleh tinggal bersamu ku..makan nasi lemak RM1.50 pagi-pagi bersamaku.mentadabbur alam bersama-sama.tengok movie sinchan sama-sama, semualah sama-sama...hehehe". Akhirnya meri-meri dan Muru-Muru menjadi sahabat baik..mereka sentiasa bersama-sama..kecuali mandi je tidak bersama..kihkihkih.. tiap-tiap petang mereka akan menonton movie sinchan bersama-sama..satu tabiat Muru-Muru yang meri-meri dapat detect adalah..Muru-Muru..suka meniru gaya sinchan..kihkihki.Terutamanya ketika meri-meri tido.Dia akan berjalan perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang untuk menutup lampu sambil mulutnya berulang kali menyebut perkataan "diam,diam,diam" dengan nada berbisik, kononnya untuk tidak menyedarkan Meri-Meri.Tetapi kebiasaannya meri-meri pasti akan tersedar.haha (rujuk episod shin chan jangan ganggu papa). Kadang-kadang meri-meri nampak muru-muru dah macam katun dah pun...heheeh..tapi takpa,meri-meri bahagia bersama muru-muru. meri-meri harap hubungan mereka kekal sampai akhir hayat hendak-NYA..amin.


Hadiah persahabatan muru-muru kepada meri-meri a.k.a gergasi mualap


       Ok..begitulah kisahnya kisah seorang gergasi yang bernama meri-meri dengan seorang budak perempuan yang comot bernama muru-muru.Daripada cerita di atas moral yang boleh kita ambil adalah. Setiap apa yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh sang pencipta tanpa kita sedari. Kemudian,dalam persahabatan kita hendaklah ikhlas bersahabat,bersahabat kerana Allah barulah akan kekal hingga akhirnya. janganlah kita sekali-kali membezakan darjat dalam menjalinkan silaturrahim. so jadilah seperti muru-muru dan meri-meri. Apa yang baik dalam cerita ni bolehlah diambil..tapi apa yang buruk..buangla jauh-jauh..dalam tong sampah. Jangan buang merata-rata pulak...ok la kawan-kawan tu je kot setakat ni..Assalamualaikum.. :) 

create by,
meri-meri (2013)
aka k.ain