Sunday, December 30, 2012

Aku hamba yang masih belajar




islamic-quotes:

Blessings



Aku hambamu yang suatu ketika dulu penuh dengan dosa cuba mencari cinta penciptanya. Terus mencari dan mencari. Sampai suatu saat dalam detik pencarian aku temui cintamu.Perasaan jatuh cinta yang tidak siapa mengerti. Hanya aku dan kamu. Setiap saat aku ingin berbicara denganmu, ingin lebih mengenalimu. Sungguh cukup bagiku hanya kamu di setiap denyut nadi ini. Setiap perbuatan dan langkahku aku persembahkan untukmu. Saat itu ingin sekali aku jeritkan kepada semua supaya tengoklah, rasalah perasaan cinta yang aku temui ini agar semua dapat rasa apa yang aku rasa. Aku mula mengajak orang ramai untuk sama-sama jatuh cinta kepadamu. Kadangkala aku dihina, kadangkala hatiku diguris tapi demi cintaku kepada mu aku tetap berusaha. Tapi sungguh ada masanya aku diuji. Di uji di pentas dunia untuk mengetahui sejauh mana cintaku padamu.Aku lemah dengan ujianmu. Aku mula menjauh darimu selangkah demi selangkah.Menjauh dan  kian menjauh.Semakin lama aku alpa. Sedangkan kamu masih lagi mencintaiku. Menunggu lunak suara hatiku untuk berbica dengannmu seperti mana suatu ketika dulu. Aku mula menjadi hamba yang berputus asa. Aku biarkan mereka diluar sana dengan dunia mereka. Aku tidak mahu ambil peduli pasal kehidupan mereka lagi. Biarkan mereka. Biarkan sahaja mereka.Mengapa aku yang perlu berusaha sedangkan mereka tidak. Aku mula kembali ke dunia lama ku. Perbuatan dan langkahku mula hilang harganya. Aghhhh.Mengapa aku begitu lemah. Dalam diam aku nodai ungkapan cintaku padamu. Hambamu ini ingin pulang kepadamu. Ingin bercinta denganmu lagi. Sungguh aku rindu. Engkau yang memegang hati ini, jadi janganlah kamu menjauhkan hati ini lagi. Walaupun rebah ke bumi aku akan bangkit kembali kepadamu. Kerna aku hambamu yang masih lagi belajar untuk menguatkan diriku demi mencintaimu. Maafkan aku ya Rabb.






layan video ni jap.best.rasa macam kena ketuk-ketuk kepala.hmmm #muhasabah diri



Ya Allah nak exam esok luse ni.FYP pembetulan tak siap lagi.Cik adik Allah tak suka orang yang suka bazir masa faham. T_T






Saturday, December 29, 2012

Good Luck









Bittaufiq Wannajah fil imtihan!!!

Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah.

Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin.

Khas buat puteri-puteri agama.Good luck in final exam ^_^




Pssst: Study rajin-rajin.xo :)






Friday, December 28, 2012

4 perkara





“Sesungguhnya Allah Ta’la, menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara:


  • Yang pertama, Allah sembunyikan keredhaan-Nya pada suatu ibadat.(maka jangan perkecilkan walau satu kebaikan sekalipun hanya mengalihkan batu dan duri ditengah jalan)



  • Yang kedua, Allah Ta’ala sembunyikan kemurkaan-Nya pada suatu maksiat. (maka jangan ingat maksiat yg besar itu barulah Allah murka, padahal kadang2 kita buat maksiat yang sekecil2 maksiat itulah yang mendatangkan murka yang paling besar drpd Allah).



  • Yang ketiga, Allah sembunyikan mustajabnya doa pada waktu-waktu tertentu. (maka berdoalah setiap masa)


  • Yang keempat, Allah sembunyikan para wali-Nya di kalangan para hamba-Nya.(maka jangan sesekali menghina orang Islam walaupun dia itu seorang pengemis.Siapa tahu, dia itulah waliullah)”



Tuesday, December 4, 2012

Ride For Gaza









1 DISEMBER 2012

DATARAN BANDARAYA JB


Ya Allah.sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.


Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu.


(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.


Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”





Sunday, December 2, 2012

Believe in yourself with all your tenacity







There are tons of works to do and things seem too difficult for me to go through. How I  desperately wish to turn back time to my childhood. Play all the time and watch dragon ball without worries.Have mind free of depression and mental indigestion disorder. 


However, I realize no matter what, I have to keep going because life isn't about waiting for the storm to pass but  it's about learning to dance in the rain. Keep calm and and take life for what it is.Tick Tock, Tick Tock.Your time is ticking love.


P/s If you change your thoughts, you can change your world. 
because, 
you are what you think #smile :)




“When you have friends, don’t expect your friends to fill your emptiness. When you get married, don’t expect your spouse to fulfill your every need. When you’re an activist, don’t put your hope in the results. When you’re in trouble don’t depend on yourself. Don’t depend on people. Depend on Allah.” 
― Yasmin Mogahed





Sunday, October 28, 2012

Raya di perantauan






Salam aidiladha 1433H.Dah lama tak update blog.Internet kat kolej baru ni slow.kolej lama laju tapi bila kolej siswa tukar dengan kolej siswi,rasa macam tak selamat kat sana.Suasana kolej open,tak de pagar.tambah suasana belakang yang gelap tak tahu ape motiff tukar kolej.sigh.ade bilik dekat dengan tempat makan.bila buka tingkap je nampak orang dalam.Jadi tahun ni saya dengan kawan-kawan bawa diri pindah kolej baru,kolej tun hussein onn.Macam la selamat sangat.Konon la kan.haha.Yang paling saya suka dengan kolej baru ni bila ade perjumpaan ade makanan disediakan.hehe.


Ok balik motif asal.Tahun ni raya kat utm.Sebab dapat tahu cuti last minute,tiket semua dah habes terpaksa la beraya kat tempat orang.Nasib baik sempat pergi solat raya.Raya kat utm ni dah macam raya dekat overseas sebab ramai foreigner.tengok foreigner lelaki pakai baju putih pergi raya,rasa syahdu sangat.macam orang pergi haji kat mekah dah pakai baju putih.Ada yang pakai baju tradisional tempat dorang.tengok gaya macam orang turki.teringat baju dorang pakai masa international culture festie.



                                                                           Sapa bilang gadi melayu tak menawan?


Kalau yang perempuan stick to the dress code pakai baju hitam.Anak-anak orang arab yang kecik-kecik kemain lagi pakai baju gown kembang-kembang tali halus siap dengan topi kembang orang pergi pantai tu..terkejut mak.nasib baik budak-budak lagi.tak aurat pon.cute.cute.cute.teringat anak sedara perempuan kat rumah kecik-kecik pakai baju kurung,manis bertudung :)


Dah siap solat raya jumpa dengan farah alina and the geng.Sempat borak-borak.Ada banyak hikmah rupanya tak balik raya.Subhanallah.Perancangan Allah tu hebat kan.Bab kata kam,dulu senyum dari jauh je tapi tak sangka dapat borak lama.Dapat juga rapat-rapatkan silaturrahim.Ukhwah fillah abadan abada ^^








Ehem-ehem tahun ni kami jadi sukarelawan jadi dapat  tengok orang buat ibadah korban dekat dusun utm.Tapi takde la jadi sukarelawan rebahkan lembu sembelih semua tu.Erk.Tu semua kerja ikhwah.Jadi disebabkan pagi tu tak banyak kerja,sempat lagi kiteorang lari pergi jusco cari makanan.hihi.Petang tu baru datang tolong.Tolong masukkan daging dalam plastik dan timbang.


Alhamdulillah dapat juga merasa makan daging tahun ni,better daripada dua tahun lepas duduk kat bilik dengan atul makan half cooked egg+kicap+roti.Dah siap tolong,dapat daging semua.Balik bilik ape lagi, teruskan operasi memasak.weee.tata.assalamualaikum .







Saturday, October 13, 2012

Final year sudah







Masyaallah.Sungguh,atas kehendak Allah, semua ini terwujud :)
Bila masuk final year ni banyak pulak permandangan cantik kat utm yang tak pernah tengok
hehe. Always the jakun me
By the way semoga sem ni dipermudahkan.
Final year projek tambah dengan exam semua. ^^







Wednesday, August 15, 2012









Whatcha doin?
You are not in heaven
This is dunya




3:08 pm, 26th ramadhan, hujan renyai-renyai





Monday, July 23, 2012

Oh Durriyen!




Tak tahu pulak selama ni pak sedara ade kebun durian.Haa mesti selama ni dia rahsiakan sebab tak nak bagi makan ni.haha.(Suka-suka je buat onar sebab jelez tak dapat ikut lettew).Padahal tak pernah nak amek tahu ataupun memang tak tahu ataupun dah bagitau lupe.Adeh lupe ingatan jap.Nati raye kena mintak maaf ni.Hehe.Tapi alang-alang tu nanti jangan lupe bagi duit raya sekali.Kekeke.Agak-agaknya orang-orang kampung zombie kampung durian ni mesti semua pakat buat pesta durian kan.Sah-sah la ade pulut durriyenn.Wah rindu nak makan pulut durriiyenn!(Gigit jari.EH puasa la) ^__^"

Adeh pokok durian pun satu mase ade kat rumah tak de pulak dia nak berbuah.Kakak kesayangan ku pun satu hal kenape tag saya kat facebook kakak ku..kenape?Walaupon tak berapa suka durian tapi bila suka saya suka.Erkk.Macam mane tu?Saya boleh jadi orang yang paling suka durian bila saya suka dan saya boleh jadi orang yang paling tak suka durian bila saya tak suka. Kira love hate relationship gitu.Aww. Lebih kurang camtu la.Nak cakap pon tak reti dah.haha.Sabar ye Nurul Akmal.Sesungguhnya kamu berpuasa.k bai.Sila teruskan kerja processing anda. XD



Monday, July 16, 2012

Kecederaan Iman




Lately dah bosan sangat duk rumah sewa ,tak tahu nak buat ape saya terlayan running man (ter okay,tak sengaja) .Sampai masuk office sambil-sambil nak tunggu image yang besar gedabak process sempat lagi tengok running man.Sebelum ni nako dah suroh layan running man tapi macam tak berapa layan sangat masa tu.Promotion tak melekat.hehe sory nako.Sekarang dah teraddicted pulak bila join ieja tengok..Hari-hari tengok running man.Gelak sorang-sorang macam nak putus urat perut pon ade.dah la baru pindah rumah sewa baru.dalam tu tak de barang sekali gelak habes gema satu rumah.Cuba bayangkan macam mane la bunyi gelak tu.Macam monster erkk..macam cute pon ade (yang ni betul)..ihik.perasan.Aigoo.haha (Tengok dah terpengaruh) :D




Jujurly la  (OH my english!).Tangan letak kat mulut dengan muka pura-pura terkejut.Err.Running man memang best tengok sebab oppa dengan unnie dalam tu kelakar habes wahahaha.Tambah pulak bila ade laki hensem muka kiut macam strawbery.droll.eh?euww..tapi bila dah banyak sangat gelak hati jadi keras.Lepas solat terus pergi tengok running man.Al-quran pon letak tepi je.Tak ke sedih.Sekarang dah nak masuk bulan ramadhan al-mubarak orang semua sibuk-sibuk nak baca al-quran kot.Tak jealous ke?.Masuk office cuba nak hidupkan hati balik dengar zikir.Bila dengar rasa sayu.sedih semua ada.tapi nanti bosan balik rumah tengok running man balik.Buku yang beli pon tak terbaca.Sah-sah la hati manusia ni betul-betul qulub (berbolak balik).Haishh masalah besar ni.Saya hidup kat atas dunia ni bukan untuk tengok running man semata-mata. Kesian hati saya.Kesian kat saya jugak.Memang kesian la.Kesian.Kesian.Kesian (sila baca nada upin ipin) .tskk.tskkk.Masalah la Nurul Akmal ni. -__-"



"Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik,meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu,maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat agar kamu beruntung"

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik, 
wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu :'(



P/s:I'll cure you.Bertahan ye.(Muka serius) T_T


Monday, July 2, 2012

Sokay :)





When you’re going through something hard and you start wondering where Allah is, just remember the Teacher is always quiet during a test.
Nouman Ali Khan



Tuesday, June 26, 2012

Praktikal


Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
Minggu ni dah masuk minggu ke dua dah jadi student praktikal kat IR Technic.Yeayyy..Alhamdulillah Allah permudahkan kerja.Kerja dah siap..weeee..Hari ni supervisor pergi jpj jadi sepanjang hari boleh main..ishkk..ishkkk..ishkk.(geleng-geleng kepala).hehe..Semalam kiteorang makan besar ada udang, ikan, ayam, sayur, sup kambing, roti blueberry cheese cake, puding caramel dengan air sirap limau kot.(bleh pulak ade kot)..haha.Walla tengok la gambar makanan kat bawah tu.tengok je sebab nak bagi dah habes.Hari ni perut saya full sampai malam.Harap-harap makin murah la rezeki bos kite lepas ni.hehe.Seronok intern kat sini  :)


 Sup kambing yang awesome.Siapa yang darah tinggi tu nasib la tak boleh makan.Hihi.



Blueberry cheesecake ni gambar ehsan google.sebab semalam malu nak snap.biasa la I'm new here and saya memang pemalu la..auww..haha geli je.Fyi makan-makan ni sebenarnya sempena solat hajat dengan nak celebrate birthday kak Lin staff kat sini ^^



Monday, June 4, 2012

Birthday Wani



Sanah Helwah Ya Gameel Wani


  • May Allah showers you with His blessings and mercy :)
  • Semoga sentiasa tsabit di jalan Allah.Teruskan perjuangan until your last breath.
  • Jadi wanita, anak dan isteri solehah (opss terlebih advance pulak).Hehe
  • Dimurahkan rezeki dan panjang umur selalu okeh.
  • Last but not least we love you always now and forever.Hugs :')






Eh Bulan.Eh tak tipu.hehe. Happy spend time sama-sama hari ni.#Frienship moment :')


Last sekali Alhamdulillah.Huge thanks to Dr Sarker and family yang comel sebab belanja kami makan prata,.ayam tandori dengan kuah dal.He is so generous.Tak pernah jumpa lecturer baik hati nak belanja makan-makan macam ni.hehe.Pssstt.Minggu ni dah kali ke dua dr sarker belanja makan.hari tu dah belanja nasi beriani.weee.Murah betul rezeki birthday girl.Berkat bangun malam buat qiam sampai kiteorang dapat baroqah tu sekali .ihik.senyum :)


Saturday, May 12, 2012

Twenty two


 

Nak buat wordless dah terlepas dah..hehe.





Tapi..tapi.Nah love and big kisses of gratitude to all of you
For the wonderful sparking effort and wishes.xoxo.hihi ^__^
Ok sambung buat assigment. :D :D 




Sunday, May 6, 2012

For palestinian :)



Assalamualaikum....

Jemput datang beramai-ramai ke booth palestine di padang kawad utm.5th until 9th mei.Boleh shopping sambil menderma .Jadi tukang promote jap.hihi

Hai orang-orang yang beriman,nafkahkanlah (pada jalan Allah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada ada yang kami keluarkan dari bumi untukmu(Al-Baqarah:267)

Saya suka tengok family yang awal-awal dah latih anak dorang jadi dermawan.Ayah bagi duit kat anak-anak pastu dorang berebut-rebut nak letak duit dalam tabung.MasyaAllah comelnya.Bagus mak ayah dia,kecil-kecil dah ajar macam tu.Masing-masing muka excited pulak tu.Nanti ada anak boleh la nak practise.hihi(gelak gatal).Haha.ehem.ehem.Merancang jauh nampak.hehe ^^









Budak kecik yang ohsem .Never look down at their size
because at certain part dorang lagi hebat daripada kita tau.kenyit mata ^^





 Mountain of love from Malaysia to Palestine.We do care :)



p/s:subhanallah sampai juga kat palestine.tak mampu nak pergi tapi dapat wakilkan love.Inshaallah suatu hari nati   http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/06/bendera-simbol-sokongan-warga-utm-di.html :')


Thursday, April 19, 2012

Hairan





Saya hairan sebab bila musim bola memang jelas ternyata kewujudan lelaki.Timeline twitter penuh update pasal bola.Facebook pun apa kurangnya.Macam-macam status ada.Semangat tengok bola tu subhanallah hebat betul.Kagum saya tengok.Masing-masing bersemangat.Setiap minit tu sangat berharga tak boleh terlepas 


Tapi bila ada wacana ilmu pasal Palestin Syria tiba-tiba bilangan lelaki berkurang.Hairan kemana hilangnya bakal-bakal perjuang bangsa,bakal ketua ummah pemimpin keluarga ini.Tengah study kat library kah atau KAH KAH KAH?(kasi gelak kuat-kuat) haha :P 


Nak kata lelaki makin pupus masa tengok bola tengok ramai je yang exist tak de nak extinct sangat pon.Tak tercabar ke wahai lelaki-lelaki bila ada orang cakap dunia hari ini dipenuhi lelaki-lelaki lembik.Kalau anda betul-betul berani cuba la kat medan perjuangan.Sahut seruan jihad.Persiapkan diri dari sekarang,jihad diri sendiri dulu to be a real man.A real muslim ^^




P/s:Ooppsss.No offense.Serious still confius (*_^)



Tuesday, April 17, 2012

Jangan bersedih bila diuji :)











Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)


"Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar."


(QS Al-Baqarah : 155) 




Saturday, March 31, 2012

Global March to Jerusalem



Assalamu'alaikum..

Sebelum ni saya tak berapa nak ambil kisah sangat pasal isu palestin ni.Macam erkk hallamak kena ke amek tahu.Seronok kot makan Mc D dengan kawan-kawan, makan big mac double cheese burger sambil makan eskerem and online feereeeee lagi tu.Lepas tu boleh upload gambar dekat facebook sambil angkat jari peace yaw. Gelak-gelak.Nak show off that we have a great time together la konon kan.Erghh euww.peliss la tak cute langsung ok.haha.pastu beli produk nestle and another products that support rejim zionis laknatullah tanpa perasaan bersalah.Jangan cakap bersalah teramat sangat macam dihempap batu besar transformer, besar kuman pon tak de.Teruknye.Dusshh.Now when I started to realize my action tu buat orang lain derita I feel so shame with myself.I'm a very bad muslim.I dont want to hurt my brothers and sisters anymore.Nak makan Mekdi terbayang-bayang macam burger tu berdarah.Keluar darah orang islam yang kena tembak kena hentam kena bom kebabomm(ok tambah sound effect sikit untuk lebih menjiwai.erkk) kat Palestine tu.Ya Allah lindungilah mereka.Jadi to all my sweetpie mucuk-mucuk cute miut lovey dovey friends don't be like me.Please let's boycot all israel products.Remember shame on those who still support this Israel and remember bila kita tolong agama Allah.Allah akan tolong kita.




Tidak beriman seseorang mukmin sekiranya mereka tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri(Riwayat bukhari dan Muslim)


Ok balik pada tajuk asal hehe.Sebenarnya nak tunjuk gambar GMJ semalam serius ramai orang pergi tapi kalau lagi ramai sampai penuh tak muat stadium mesti lagi cool kan.ihik.




Masa ni tak berapa nak ramai lagi.
Beberapa jam kemudian subhanallah penuh orang kat stadium. :)



Team Astheg daripada UTM.Bukan main semangat lagi 





Picture:Credit to kelab iqra utm
Orang bukan islam pon bersemangat dan perihatin.Apatah lagi kita umat islam





Free.Free Palestine.From the river to the sea Palestine will be free




Video menarik sebelum kejadian.Kasi up semangat sikit :) 






Untul full video masa GMJ boleh tengok sini  :)


Tuesday, March 13, 2012

Pro Kids Lokman Hakim




  


Alhamdulillah selesai sudah program pro kid lokman hakim.Tiga hari jadi fasilitator kat sana banyak kenangan pahit manis bersama.Dugaan mental,fizikal dan spiritual semua ada. Demi adik-adik semangat dikuatkan juga untuk meneruskan program. Sepanjang jadi fasilitator bonding dengan adik-adik kat sekolah ni sangat kuat. Akak terharu sangat masa kena denda dengan abang KO adik-adik group akak datang menangis suruh bangun. Akak dapat rasa perasaan ikhlas tu daripada korang, sampai last-last akak dengan abang ling menangis sekali. Haha kantoi.Fine, nangis tu tak berertinya lemah tau tapi membuktikan kami ni mempunyai hati nurani kan? kan? Ok la tu, maknanya akak dengan abang ling ni manusia lagi, bukan katak bukan bunga bougainvillea beg plastik ke ape yang x de perasaan. (ecece.ayat cover.hehe) :P 


 
Adik-adik akak yang comel-comel  (group 1) ^^

 
Turn adik-adik lelaki yang macho pulak posing..teheee

Rindu kat korang semua.Rindu nak makan nasi sama-sama.kutip nasi sama-sama.hehe.buat refreshment sama-sama. Akak doakan adik-adik akak semua berjaya.Ingat pesan akak doa akak sentiasa bersama kamu semua.Jangan pernah putus asa.Sentiasa sabar dengan cubaan dan dugaan..Hadapi dengan tabah.Akak tahu adik-adik akak semua kuat.Semoga Allah merahmati kamu semua.Insyaalah korang semua akan jadi insan yang berjaya dunia dan juga akhirat. ♥ 


p/s:sayang korang semua.auwww ◕‿◕ 


Wednesday, March 7, 2012

Keep moving








In life you are moving towards your end, whether you remain still and lost with no progress or move forward constantly.So move forward towards your end with a purpose. And let that purpose be nothing but the Pleasure of Allah. Insyaallah muhajadah our intention for Allah then he will guide us :)




Wednesday, February 22, 2012

miserable

This summary is not available. Please click here to view the post.

Saturday, February 18, 2012

JANGAN YANG HARUS DIHINDARI



 



1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, 
maka kamu kian bahagia.
2.Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah,
maka kamu semakin kaya.
3.Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah,
maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah
dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan..
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi
pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka
inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi berkerjalah, maka projek
akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai,
maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak uang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan
tenang. Percayalah,. bukan sekadar uang yang datang tapi juga rezeki
yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah,
maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
 11.Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka
bertambah kejayaanmu.
12.Jangan menunggu bisa baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti bisa!



                                                                                                                                                     xoxo
                                                                                                                                                         :)




Khemah Ukur dah habes



Alhamdulillah camp dah habis.sampai jugak Utm skudai selepas dua minggu jadi warga Utm kl dengan pemanasan global, traffic jam,bangunan kiri kanan memang tak best.Sepanjang dua minggu ni memang belajar bersyukur sangat-sangat duduk kat utm skudai yang dekat dengan hutan,udara yang nyaman ,dikelilingi monyet-monyet yang kiut miut bersiar-siar bersama anak-anak bini dan scandal-scandalnya yang kadang kala menceroboh masuk bilik untuk mencuri peyek.haha.(macam bahagia je).Tapi part yang paling best sepanjang program masa lawatan sebab boleh ilmu free,makan free,masuk pon free.teheee..asal free je suka..haha.Dapat jumpa dengan super duper senior kat agensi angkasa negara.masuk planetarium free (free lagi ).Dah sudah :P




Sape berani amek gambar depan2 camni..cakap-cakap..haha..(zoom kot) :P
kucing ni malu-malu orang nak amek gambar dia.hehe
Serious tak pernah terbayang nak bela kucing sebesar ni kat rumah -__-"


Yang paling penting saya dah pergi zoo.haha(Excited terlebih pulak).Sedih betul dah tua baru nak gi zoo.masa kecik-kecik dulu kena tinggal.tskk.tskkk..kesian.Cuti dah habes.sem ni akan berusaha lebih keras.(Zzzzz)..haha.hmm cuti ni memg banyak benda jadi.macam-macam.kazen masuk icu saya plak sakit masuk hospital(ok part saya masuk hospital tu tipu) Em sebak tengok kazen masuk icu.Garfield pon dah meninggal.sedih.Black dog bong(Tak leh panjang lagi ke ma bagi nama) kena bagi orang sebab ma cakap ada budak tu (form 6 kot) nanges-nanges sampai deman-deman kucing dia tak de.Ma kesian soh bagi dia.ok baiklah tak payah bela kucing dah -_-"


Note:Tak sabar nak tunggu Razaksat 2 launch.(tiba-tiba).K la nak makan ayam penyek sat lagi.tata :)


Friday, February 10, 2012

Random Pic-Cuti Sekolah :)

                                                                       
                                      Nako made supercute snowmans for me and ainu.ommo :')



Sawah padi depan rumah jema yang hijau..Subhanallah..cantik sangat


Kami yang kaki makan.haha.Jumpa kali ni kerja makan aje



Me and my new friends yang cute.hihi



Permandangan di utm kl nampak lagi bulan.Cuti dah habes dah.Tskk.tskk


SAHABAT
Kerana ilmu kita bertemu,kerana perkenalan ukhwah terjalin,kerana cita2 perpisahan terjadi,
Dan kerana satu ikatan lillah ia akan berkekalan dan diredhai selalu ^^
Ukhwah fillah abadan abada 
Semoga kamu-kamu dalam kasih dan cintaNya selalu.tehee :)