Suatu petang di pantai batu buruk. #throwback
Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
To Allah we belong to Him is our return
We are not immortal
Vampire diaries
The original
Itu semua karut.
"Lepas ni saya lepaskan korang semua bertaburan la kat atas muka bumi ni " macam ni la prof masa kat utm cakap masa semester akhir hari tu.
Alhamdulillah sekarang dah habes belajar. Insyaallah bulan 10 ni grad dekat utm skudai.hehe. Sekarang kawan-kawan semua dah merata-rata bertebaran. Ada yang dah kawen ada yang bekerja ada yang sambung belajar.Saya masih dalam perbincangan.hehe.perbincangan la sangat dah decide dah tapi still nak kena bincang balik. Sekarang ni buat sementara waktu jadi ra kejap dekat UM and lepas tu smbung master terus dengan projek yang ditugaskan. Projek ni kerjasama antara UM dengan UIA jadi saya boleh pilih nak sambung UIA atau UM. harap-harp dapat sambung UIA sebab sekarang memang dah jatuh cinta dengan UIA. Dengan orang-orang dalam ni, persekitaran dalam ni, udara dalam ni. Buat sementara waktu minggu depan onward akan berulang alik daripada UIA dengan UM agak jauh tapi kentalkan semangat jela bila pikir orang lain lagi jauh gerak.chayokk girl. Sekarang jadi roomate ipah dulu dekat UIA, kawan masa MRSM PC. Seronok semalam borak panjang. maklumla orang dah lama tak jumpa. Sekarang kawan-kawan banyak yang dah berubah. Alhamdulillah syukur sangat-sangat seronok tengok kawan-kawan dah berubah. :)
Sunday, May 12, 2013
Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Abu Uwais berkata telah menceritakan kepadaku Malik dari
Hisyam bin Urwah dari bapanya daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata; aku mendengar Rasulullah
Sallallahu alaihi wassalam bersabda:
" Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah
mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama, maka manusia
akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa
tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan."
Berkata al-Firabi, telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari
Dah pukul 1.33 pagi tapi still tak boleh tidur. Beberapa hari ni asyik jaga malam je..hmm.Nasib baik subuh sedar cuma lepas subuh syahid balik.Tapi syahid tak masuk syurga..ttskk.tsk..nauzubillahiminzalik...aishh..lari rezeki. Walaupun dah cuba membolatkan mata paksa jangan tidur tapi malam sama je. Cuma hari ni improve sikit Sikit jela. hehe.
Nak citer processing kite dah berjaya subset data dengan precise dan jayanya..haha.kalau budak remote sensing baca ni mesti dorang gelak besar.alaa subset data je pon. ehem ni data untuk super-resolution ok..kena precise.Pheww.Nasib baik supervisor sudi nak tolong. Biasa sah-sah kena lepas explore sendiri. uhukk.Sini ada berita gembira nak share. Saya dah beli laptop baru.weheee.. Alhamdulillah. Kite dapat laptop vaio . Nak beli apple tapi susah nak install software takut tak compatible memandangkan kite ada guna software crack jugak. Subhanallah. Terharu sangat dengan Allah dapat laptop baru. Boleh buat processing . Tapi still rindu laptop lama :'(
Minggu lepas cuti tak balik rumah pon sebab beberapa minggu sebelum tu dah balik. Kak wani dah kawen.hihi. Sibuk je cakap dia dah kawen percaya tak ni. Aish. Dah akad nikah depan mata kite mesti la percaya.Seronok balik kampung ramai-ramai. Tengok orang gotong royong.Balik ni anak sedara yang darjah tiga tu sibuk tanya Mak teh nak jadi ustazah pensyarah ke lepas tu bagitau dia nak jadi ustazah pensyarah. Dia cakap dia nak pakai stocking. Tanya redha Allah tu apa.hehe. Seronok. Kadang-kadang cakap dengan orang yang bermula dari bawah ni lagi mudah daripada orang dewasa yang fikiran dah di isi dengan macam-macam benda. Mudah nak terima. atau mungkin fitrah dorang yang masih suci tak tercemar dengan karat-karat jahiliyah.Harap-harap terpelihara selamanya :)
Gambar pergi pantai dekat rumah. Tak jauh sangat dalam beberapa belas minit dah sampai. MasyaAllah dapat tengok permandangan ciptaan Allah tenang hati.Dengar bunyi ombak angin pantai yang tenang. Hilang sekejap masalah dunia :)
Lama dah tak update blog.Tiba-tiba buat tajuk laptop.hehe.Tak ade ape nak story sangat pon sebenarnya.Hari Rabu minggu lepas laptop saya kena ambil orang.Tak tahu kenapa berat nak guna perkataan dicuri sebab orang yang ambil tu mesti kena guna perkataan pencuri kan.hmm.Bagi saya perkataan pencuri tu diguna untuk orang jahat.Saya yakin orang yang ambil laptop saya tu masih mempunyai nilai-nilai murni. Memang nak jadi cerita hari tu saya keluar awal pergi kelas. Rumet kesayangan saya terlupa nak kunci pintu.Masa balik petang tu tak perasan lagi.Malam tu baru perasan laptop tak ada.Laptop merah tu memang dah banyak berjasa kepada saya Sejak zaman matrik lagi.Sobs.Kesat hingus..hehe :P
Masa mula-mula tu tenang lagi.Cuba tanya kawan-kawan kalau dorang ada nampak laptop saya atau tak.Sebab dalam tu ada data untuk psm semua. Nasib baik chapter 1 sampai 3 ade buat backup.Laptop,mouse atul dengan earfon kena ambil.Alhamdulillah barang-barang lain orang tu tak sentuh. Kawan-kawan ade jugak cakap kenapa dia tak ambil je buku-buku dekat rak.Dapat juga baca-baca.hehe.
Kepada orang yang ambil laptop hasil titik peluh ayah saya disaat saya dihujani timbunan kerja yang perlu di submit. Sorry dalam laptop saya tu memang tak ada movie best.Tapi dalam tu ade banyak lagu best.Ada zikir, alunan al-Quran, lagu yang menenangkan jiwa insya Allah.Ada juga video dan bahan bacaan ilmiah. Dipersilakan baca. Semoga dengan apa yang ada dalam tu mampu melembutkan hati saudara/saudari supaya dekat dengan pencipta kita iaitu Allah. Bertaubatlah,sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
Memang berat bagi saya untuk memberitahu emak di kampung, memandangkan akhir bulan 3 ni akak nak kawen. adik-adik nak guna duit juga. Saya anggap ujian ini sebagai salah satu tarbiyah daripada Allah.Setakat ni family kat kampung memang tak tahu lagi. Sebab saya tak sampai hati nak buat emak saya susah-hati. Setiap kali teringat dekat emak hati saya terasa sebak. Air mata dalam hati ni hanya Allah yang nampak masa tu. Sesungguhnya Allah itu maha melapangkan. Nasib baik abang ju dah zaujah sanggup bagi pinjam laptop untuk buat psm dan Alhamdulillah saya dikelilingi kawan-kawan yang banyak bagi sokongan dan bantuan.
Saya tak salahkan sesiapa atas kejadian ni. Ada orang selalu menggunakan perkataan kebetolan sedangkan dalam islam setiap perkara yang berlaku adalah sunnatullah iaitu sudah menjadi ketentuan Allah. Jika saya tidak redha bermakna saya tidak redha dengan ketentuan Allah. Nauzubillahiminzalik. Insya Allah saya redha dengan apa yang terjadi. Semoga jadi pengajaran untuk kita pada masa hadapan :)