Saya ada menghadiri wacana ilmu bersama Dr Harlina Siraj.Pensyarah UKM.Saya suka dengan beberapa part dalam ceramah Dr Har.Perbezaan haiwan dengan manusia.Biasanya kita akan cakap haiwan tak ada akal tetapi manusia dianugerahkan akal.
Selain daripada itu kita boleh cakap juga haiwan tak pakai baju.Pernah tak kita pikir kenapa haiwan tak pakai baju tapi manusia pakai ?Sebenarnya itu merupakan salah satu cara untuk menarik pasangan mereka.Apabila mata bertentang mata maka terpandang la dak kucing jantan dekat dak kucing bertina.Dak kucing jantan dan kucing betina tersebut tertariklah dengan kecantikan haiwaniah mereka..teeettt..Selepas itu jatuh cinta dan beranak pinak la dak kucing tu..eceh..haha
Tetapi manusia ini sangat istimewa iaitu sebaik-baik ciptaan.Betapa bertuahnya kita kerana Allah telah menaikkan martabat kita sebagai manusia.Menyuruh manusia ni menutup aurat mereka.Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Tetapi malangnya sekarang manusia tu sendiri yang menjatuhkan martabat mereka.menunjukkan kecantikan haiwaniah mereka kepada orang lagi.Sehingga terjadi perbuatan yang terkutuk dan lahirlah golongan yang tak bersalah.dibuang sana sini .
Janganlah sesekali kita menjatuhkan martabat kita ini.Sayangilah diri anda.Kepada semua wanita zaman pula sekarang kita dapat lihat ramai yang hendak bertudung.Macam-macam fesyen lilit-lilit.bungkus-bungkus tapi sayang tak ramai yang nak tutup susuk badan .Macam-macam shape ade.S-shape V shape Rectangular Shape.erkk.Tapi for those yang baru nak berubah pakai tudung tu Alhamdulillah semoga terus istiqamah. ^^
Peliharalah dirimu sebaiknya :)
10 comments:
terima kasih utk peringatan
peringatan untuk saya juga..hihi ^^
reminder for me n u..blog ipah! haha~ =)
hehe..tp betullah..peringtan bukan untuk semua je tapi diri sendiri juga..like name blog ipah :D
kita punya akal fikiran sebab tu Allah mtk kita fikir mana baik n buruk..
thanks tok peringatan...sama2 kita beringat kan...;-)
betul tu..semoga kita semua menjadi lebih baik ^^
maksudnye..
binatang xde akal.. manusia ada akal..
binatang x pakai baju.. manusia pakai baju..
kalau ade tindakan manusia tidak menggunakan akal.. mereka termasuk dlm kategori binatang..
dan kalau ade manusia yang tak pakai baju atau pakai baju seperti telanjang.. maksudnye juga dia binatang..
betul2.. hihihi..
maka kesimpulannya.. binatang sekarang ramai yang dah ada fb dan ade blog..
dunia skrg menakutkan.. huhuhuhu...
hehe betul2..tapi kadang2 ade cuma mnusia tapi perangai lagi teruk daripada binatang..binatang yang x de akal tu pn still care anak2 dia.. :)
wak pon sukak entri begituuu... eeeeE wak dh datang nii nak komen komennnnn.....
ow..komen2 la ^^
Post a Comment