Aku hambamu yang suatu ketika dulu penuh dengan dosa cuba mencari cinta penciptanya. Terus mencari dan mencari. Sampai suatu saat dalam detik pencarian aku temui cintamu.Perasaan jatuh cinta yang tidak siapa mengerti. Hanya aku dan kamu. Setiap saat aku ingin berbicara denganmu, ingin lebih mengenalimu. Sungguh cukup bagiku hanya kamu di setiap denyut nadi ini. Setiap perbuatan dan langkahku aku persembahkan untukmu. Saat itu ingin sekali aku jeritkan kepada semua supaya tengoklah, rasalah perasaan cinta yang aku temui ini agar semua dapat rasa apa yang aku rasa. Aku mula mengajak orang ramai untuk sama-sama jatuh cinta kepadamu. Kadangkala aku dihina, kadangkala hatiku diguris tapi demi cintaku kepada mu aku tetap berusaha. Tapi sungguh ada masanya aku diuji. Di uji di pentas dunia untuk mengetahui sejauh mana cintaku padamu.Aku lemah dengan ujianmu. Aku mula menjauh darimu selangkah demi selangkah.Menjauh dan kian menjauh.Semakin lama aku alpa. Sedangkan kamu masih lagi mencintaiku. Menunggu lunak suara hatiku untuk berbica dengannmu seperti mana suatu ketika dulu. Aku mula menjadi hamba yang berputus asa. Aku biarkan mereka diluar sana dengan dunia mereka. Aku tidak mahu ambil peduli pasal kehidupan mereka lagi. Biarkan mereka. Biarkan sahaja mereka.Mengapa aku yang perlu berusaha sedangkan mereka tidak. Aku mula kembali ke dunia lama ku. Perbuatan dan langkahku mula hilang harganya. Aghhhh.Mengapa aku begitu lemah. Dalam diam aku nodai ungkapan cintaku padamu. Hambamu ini ingin pulang kepadamu. Ingin bercinta denganmu lagi. Sungguh aku rindu. Engkau yang memegang hati ini, jadi janganlah kamu menjauhkan hati ini lagi. Walaupun rebah ke bumi aku akan bangkit kembali kepadamu. Kerna aku hambamu yang masih lagi belajar untuk menguatkan diriku demi mencintaimu. Maafkan aku ya Rabb.
layan video ni jap.best.rasa macam kena ketuk-ketuk kepala.hmmm #muhasabah diri
Ya Allah nak exam esok luse ni.FYP pembetulan tak siap lagi.Cik adik Allah tak suka orang yang suka bazir masa faham. T_T
2 comments:
Assalamualaikum cik kiwi :)
moga berjaya & semoga berada di dalam redha Allah S.W.T :)
waalaikumussalam cik nisa..hikss
thanks dear..semoga kita berdua sama-sama berada dalam redha Allah.inshaallah ^__^ moga Allah redha
Post a Comment